Tips Kesihatan dan Kecantikan: Vita-lea Iron Formula

Followers

Showing posts with label Vita-lea Iron Formula. Show all posts
Showing posts with label Vita-lea Iron Formula. Show all posts

Multivitamin Kurangkan Risiko Katarak

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Tengah baca majalah Harmoni keluaran September 2014, cover Liyana Jasmay tu. Terjumpa pula artikel ni. 


Kajian terbaru dari Brigham and Women's Hospital dan Harvard Medical School mendapati, penggunaan harian makanan tambahan atau multivitamin boleh mengurangkan risiko katarak di kalangan lelaki.

Penemuan kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam jurnal Opthalmology itu. Menurut pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. William Christen, kajian sebelum ini telah menunjukkan kaitan antara penggunaan suplemen nutrien dan kesihatan mata.

Mengulas mengenai perkara ini, beliau mengesahkan individu yang kerap mengambil multivitamin mempunyai risiko 13 peratus dikurangkan untuk katarak nuklear.
____________________________

Waaaa, seronok juga kan. Ni yang rasa nak makan Vita-lea konsisten ni. Opsss apa tu vitalea? Hmm vita-lea ni multivitamin dari Shaklee. Nama pun pengedar shaklee kan, kene lah promosi sikit shaklee ni. (Wink wink)..

Inilah dia vita-lea!

Saya suka ambil vita-lea ni sebabnya bila amalkan makan 2 biji setiap hari, badan saya lebih segar dan bertenaga. Walau kerja seharian banyak kat rumah ni, badan tetap bertenaga. Memang best. Paling best bila mengandung dulu, saya makan vita-lea ni lah hb saya cantik tiap-tiap bulan.


Masa bersalin hb saya 13.4. Haa tinggi kan. Tiap-tiap bulan pula tak kurang dari 12. Fuhhh memang best. Ok, kita tengok apa kelebihan vita-lea yang lain ok.


  • Penambah tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran magupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak simbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan anemia.
  • Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
  • Mengimbangi segala bahan kimia di dalam badan.
  • Sebagai insurans bagi menampung kepada apa-apa makanan yang kurang dalam diet.
  • Membantu pengambilan makanan di dalam badan supaya lebih berfungsi.
  • Membantu meningkatkan kesegaran otak dan pertahanan terhadap jangkitan.
  • Membantu kesihatan secara am.

Artikel atas pula kata pengambilan vita-lea boleh mengurangkan risiko penyakit katarak. Haa jom lah ambil vita-lea ni. Mesti power!



Adakah Kita Perlukan Suplemen?

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Ramai yang menganggap, suplemen diperlukan hanya ketika sudah jatuh sakit, atau bagi yang sedang sakit dan sebagainya. Kebanyakan menganggap, makanan yang mereka ambil seharian sudah menampung segala keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Adakah kita perlukan suplemen?

Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Peningkatan taraf hidup dalam ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan, Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ni. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Di Shaklee, multivitamin ialah Vita-Lea Iron Formula.

Mengandungi multivitamin dan multimineral

  • Penambah tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran magupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak simbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan anemia.
  • Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
  • Mengimbangi segala bahan kimia di dalam badan.
  • Sebagai insurans bagi menampung kepada apa-apa makanan yang kurang dalam diet.
  • Membantu pengambilan makanan di dalam badan supaya lebih berfungsi.
  • Membantu meningkatkan kesegaran otak dan pertahanan terhadap jangkitan.
  • Membantu kesihatan secara am.

1 botol Vita-Lea Iron Formula mengandungi 120 biji berharga RM88.75.

1 hari anda hanya membelanjakan RM1.50 untuk melengkapkan nutrisi harian anda.


Untuk terus membuat tempahan, sila klik Tempahan Produk
Untuk senarai penuh produk dan harga shaklee, sila lihat di Produk dan Harga Shaklee



Cara untuk Mengelak/mengatasi Masalah Kencing Manis ketika Hamil

Teks & gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Sebelum ini saya sudah terangkan apa itu kencing manis ketika hamil atau GDM. Jadi sekarang, saya akan terangkan pula tentang bagaimana cara untuk mengelak/mengatasi masalah kencing manis ketika hamil menggunakan suplemen Shaklee.

Ok, apa yang Shaklee boleh bantu?

Set Kencing manis ketika hamil shaklee




Vitalea
  • Mengandungi zinc untuk menurunkan paras gula dalam darah dengan membantu membentuk insulin 
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil

B-Complex
  • Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan 
  • Membekalkan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi

Ostematrix
  • Membekalkan magnesium yang diperlukan 
  • Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta kesihatan tulang ibu 
  • Terdapat sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pancreas untuk mengatasi masalah kencing manis

Tanda-tanda dan Punca Kencing Manis ketika Hamil

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Terdapat segelintir ibu-ibu mempunyai masalah terutamanya kencing manis ketika hamil. Penyakit ini hanya berlaku sementara dan ianya mungkin boleh menyebabkan kekal sehingga selepas bersalin. Tetapi penyakit ini boleh berlarutan jika ianya tidak dicegah.

Jadi, hari ini saya ingin berkongsikan sedikit maklumat berkaitan Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

Apa itu GDM?

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ialah masalah kencing manis atau gangguan penyerapan gula  yang terjadi di kalangan ibu mengandung. 

Keratan akhbar

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku di dalam tubuh ibu mengandung di mana peningkatan hormon-hormon lain telah mengganggu kecekapan fungsi hormon insulin dan menyebabkan insulin gagal mengawal gula dalam darah ke tahap yang normal.

(INFO: Insulin ialah hormon yang bertanggungjawab mengawal aras gula dalam darah secara semulajadi)

GDM berlaku disebabkan oleh tanda-tanda seperti sentiasa dahaga, kehilangan berat badan, makan dalam kuantiti yang banyak, kerap kencing dan keletihan tanpa sebab.

Kencing manis ketika hamil

Antara punca yang menyebabkan GDM ialah latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis. Antara lain adalah seperti di bawah:
  • Obes atau mempunyai berat badan melebihi BMI yang normal
  • Mempunyai bayi yang sebelumnya bersaiz besar melebihi 4kg semasa lahir
  • Bayi yang dilahirkan sebelumnya pernah mati semasa dilahirkan
  • Bayi yang dilahirkan sebelumnya mengalami kecacatan
  • Pernah mengalami keguguran
  • Umur melebihi 35 tahun



NUTRISI Penting ketika Haid

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari tu dapat voucher buku dari mama Shaklee saya, jadi saya manfaatkan dengan beli buku KENAL UNTUK CINTA - BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH (klik sini untuk belian online) dan AMALAN 24 JAM WANITA HAID (klik sini untuk belian online) Seronok beli buku ni, perasaan mcm budak-budak dapat beli gula-gula hehehe. Jadi hari ini saya ingin kongsikan tentang amalan 24 jam wanita haid terlebih dahulu. Buku baru beli, jadi terujanya terlebih sikit.

Bagus buku ni, banyak ilmu yang dapat kita kongsikan

Rupanya dalam sedar tak sedar, ketika haid wanita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengurangkan kesan negatif yang dialami ketika haid. Berikut adalah beberapa panduan pengambilan nutrisi dan gizi seimbang yang disarankan ketika haid. Jom baca!

  • AIR - Pada tempoh haid normal, wanita kehilangan antara 10 hingga 80 mililiter darah sehari. Tetapi, mereka yang mengalami haid yang lebih berat, akan kehilangan lebih banyak darah. oleh itu, kehilangan cairan itu perlu diganti dengan meminum air yang secukupnya.
  • DAGING, IKAN DAN KACANG - Darah yang keluar ketika haid mengandungi zat besi yang sangat diperlukan tubuh. Kekurangan zat besi menyebabkan gejala seperti lelah, pucat, keguguran rambut, mudah marah, lemah dan gangguan fungsi pertahanan tubuh. Bagi mencegahnya, sebaiknya setiap wanita mengambil makanan yang mengandungi zat besi. Makanan yang mengandungi banyak zat besi adalah daging lembu, ayam, ikan dan kekacang.
  • SAYUR-SAYURAN - Keluhan lain yang sering dialami ketika haid ialah gangguan penghadaman, Makanan yag dapat membantu mengurangkan gejala itu adalah sayur-sayuran.
  • SUSU RENDAH LEMAK, KACANG SOYA dan BROKOLI - Pastikan mengambil kalsium yang cukup, sekurang-kurangnya 1200 miligram sehari. Sumber kalsium yang baik dapat diperolehi daripada susu rendah lemak, kacang soya dan brokoli. Kalsium dapat membantu mempertahankan tonus otot, mencegah kekejangan dan sakit perut.
  • KACANG DAN TAUHU - Tingkatkan pengambilan magnesium dalam makanan sebanyak 200 miligram sehari. Makanan yang kaya dengan magnesium terdapat pada kekacang dan tauhu. Magnesium baik bagi mengoptimumkan keupayaan tubuh menyerap kalsium dan mengurangkan rasa memulas dalam perut.
  • AVOCADO, KUNING TELUR dan HATI - Pengambilan vitamin E dan antioksidan dapat mengatasi beberapa gejala penyakit sebelum haid dan juga memberi manfaat kepada sistem kitaran. Wanita memerlukan 8 miligram vitamin E sehari. Makanan yang mengandungi vitamin E adalah avocado, kuning telur dan hati.
  • KENTANG, PISANG dan OAT - Makan makanan yang kaya dengan vitamin B6 kerana vitamin B6 membantu pemprosesan protein dan penghasilan sel darah merah, juga dapat mengurangkan tekanan. Sumber vitamin B6 ialah kentang, pisang dan oat. Wanita haid memerlukan sebanyak 100 miligram vitamin B6 sehari.
  • OREN, BLACKCURRANT dan KACANG MERAH - Wanita yang ingin hamil dan yang sedang hamil mesti mendapat vitamin C dan Zink yang cukup kerana ia penting bagi kesihatan ovum wanita dan sistem pembiakan.
Dalam kesemua nutrisi penting yang ditekankan dalam buku ini, semuanya saya amalkan kecuali Vitamin E. Di dalam shaklee, pengganti untuk nutrisi adalah seperti berikut:

Vitalea - zat besi, sayur-sayuran
Ostematrix - kalsium dan magnesium
B complex - vitamin B6
Zinc - zinc
Air pula memang saya suka minum air masak, jadi tak menjadi masalah besar. Tetapi jika anda seorang yang sukar minum air masak, shaklee ada penyelesaiannya iaitu Performance drink shaklee. Saya suka kerana ia berperisa oren dan sangat sedap lebih-lebih lagi jika dihidang sejuk.



Pentingnya Iodin Semasa Hamil

Ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin. Ikuti kupasan lanjut tentang hal ini oleh Profesor Creswell J. Eastman, Perunding Perubatan Endokrinologi dari Universiti Sydney, Australia.

Menurut Prof. Eastman, iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami masalah. Katanya, iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun.


Tambah beliau lagi, wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain itu, hormon tiroid ini dapat membantu mengekalkan tahap metabolisme badan.

Kekurangan iodin juga boleh menyebabkan paras tiroksin rendah yang akan merencatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak. Jadi, sangat penting memastikan bayi dalam kandungan dan kanak-kanak mendapat iodin secukupnya. Untuk pengetahuan, lazimnya, iodin tidak disimpan dalam tubuh dan PERLU diambil setiap hari. Makanan yang mengandungi iodin ialah seperti makanan laut, susu dan produk tenusu. Bagi wanita hamil yang ‘vegetarian’, pengambilan susu yang secukupnya penting bagi memastikan kuantiti iodin yang mereka dapat menampung keperluan harian.

“Wanita hamil dan wanita yang menyusukan perlukan iodin lebih banyak daripada orang biasa,” kata Prof. Eastman yang turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghasilkan kajian mengenai Kekurangan Iodin dalam Kanak-kanak (IDD).

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kekurangan iodin akan menyebabkan pelbagai masalah kepada bayi yang baru lahir. Antaranya ialah terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu dan lemah anggota badan. Oleh sebab itu, pengambilan iodin sepanjang tempoh kehamilan sangat PENTING!!. Ketahuilah bahawa tubuh hanya perlukan sedikit iodin dan bahan ini wujud dalam kebanyakan makanan. 


INFO:

Iodin merupakan nutrien penting bagi manusia untuk merangsang proses tumbesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Pun begitu, kuantiti yang diperlukan sangat sedikit iaitu sebanyak 150mikrogram (µg) setiap hari bagi orang dewasa. Majlis Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Negara dan Kementerian Kesihatan New Zealand menyarankan agar wanita hamil mengambil sebanyak 220µg iodin setiap hari. Manakala bagi wanita yang menyusukan bayi, dicadangkan agar mengambil sebanyak 270µg setiap hari.

Kekurangan iodin bagi wanita hamil boleh mengakibatkan:
  • Gangguan terhadap perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Keguguran
  • Kematian bayi dalam kandungan
  • Mati semasa dilahirkan
  • Kelahiran anak yang juga kurang iodin
  • Anak terencat akal
  • Pembesaran anak terbantut
  • Anak yang pekak
  • Anak yang bisu
  • Anak yang lemah anggota badan
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan produk yang mengandungi iodin, anda disarankan untuk mengambil Vitalea Iron Formula Shaklee. Vitalea mengandungi 75mcg kandungan iodin dan pengguna dinasihatkan mengambil 2 tablet sehari untuk memenuhi keperluan sehari iodin di dalam tubuh.

2 tablet = 40 jenis lauk

Vitalea Iron Formula
120 tablet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM88.75

Seperti penerangan di atas, ibu hamil dan ibu yang menyusukan disarankan mengambil makanan yang mempunyai keperluan iodin untuk dibekalkan di dalam badan. Ini lah sebabnya Vitalea terdapat di dalam set hamil dan set penyusuan shaklee.
Sumber


Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com



Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan