Vitamin Kesihatan Pertama
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, rezeki Allah hari ini. Allah turunkan hujan di tanah Muar, Johor pada penghulu segala hari, hari yang berkat. Jangan lupa doa hujan ye.
"Allahumma soyyiban nafi'an"
Okay berbalik pada tajuk saya. Hari ini terasa nak berkongsi kepada anda semua vitamin kesihatan pertama saya.

Imbas semula ke belakang, dahulu saya adalah seorang yang penakut makan ubat. Bila demam, memang rotan lah makanan saya sebab saya susah nak makan ubat. Sampaikan abah sediakan ubat dan rotan bersebelahan. Disuruh pilih, mana satu pilihan Qolbu. Hehe..
Sampailah meningkat remaja, dah bekerja baru mula pandai makan panadol. Itu pun kadang-kadang tersangkut kat tekak. Seterusnya hingga berkahwin dan bersalin anak seorang.
Kisah vitamin pertama bermula ketika anak berumur 10 bulan. Susu saya merudum (saya fully breastfeeding). Saya akui masa ni kekurangan banyak ilmu penyusuan, silap saya sendiri. Kemudian saya mula mencari vitamin atau apa-apa sahaja yang membantu boost susu saya.
Di sini cinta bermula. Saya beli B complex, vitalea, vitamin c dan Alfalfa complex dengan mamafaiz (kak cery) untuk atasi masalah saya. Nak tahu apa yang saya dapat?
~ saya rasa lebih bertenaga
~ kurang stress
~ badan semakin cergas
~ kurang mengantuk dan letih
~ saya dah jarang sangat sakit (ia tingkatkan imun), kalau sakit cepat sembuh.
~ badan saya dah tak stress
~ susu menunjukkan peningkatan positif (perlu diingat, stress dan badan letih penyebab susu merudum)
~ semakin bersemangat bekerja
~ keputihan langsung tiada (dulu banyak keputihan)
~ Alfalfa bertindak seperti kacip fatimah (faham-faham lah ye)
~ kulit saya bertambah cantik
~ kulit dah tak kusam
Ini kebaikan yang saya rasa dan membuatkan saya jatuh cinta, jatuh cinta dan semakin jatuh cinta dengan shaklee. Memang tidak disangkal lagi.
B complex, vitalea dan vitamin c ini sebenarnya vitamin asas untuk sesiapa sahaja. Sebab itu, saya lebih suka cadangkan kepada mereka yang tak pernah ambil vitamin atau sesiapa sahaja yang cepat letih dan hendak tingkatkan tahap kesihatan.
Bila badan sihat, secara tak langsung setiap apa yang berlaku akan menjadi lebih bermakna dan dipermudahkan.