SIRI 4 DIET SIHAT: Bagaimana Omega membantu menurunkan berat badan?
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Obesiti adalah masalah yang paling besar di Malaysia. Semakin hari, jumlah mereka yang obesiti juga semakin bertambah. Terdapat banyak cara dalam menurunkan berat badan iaiti dengan melakukan beberapa senaman ringkas, mengawal cara dan jumlah pemakanan ataupun menggunakan suplemen sebagai medium untuk turunkan berat badan.
Minyak ikan dikatakan membantu menurunkan berat badan. Shaklee ada mengeluarkan minyak ikan yang di panggil Omega Guard. Mari kita lihat pula bagaimana Omega Guard membantu dalam hal berat badan ini.
Petikan dari majalah I-sihat |
OMEGA GUARD boleh membantu anda dalam proses menurunkan berat badan melalui 2 cara:
- Omega boleh mengurangkan rasa lapar. Pengambilan Omega-3 asid lemak boleh memberi rasa kenyang, dengan itu mengurangkan pengambilan kalori dan membantu dalam penurunan berat badan. Minyak ikan dapat mengawal pembebasan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Serotonin membantu mengawal selera makan dan mood anda.
- Omega 3 berfungsi mengurangkan paras insulin anda sepanjang hari. Apabila paras insulin yang tinggi, anda tidak boleh menggunakan lemak untuk pembakaran tenaga. Apabila paras insulin yang tinggi, tahap HGH anda adalah rendah. Omega 3 membantu memastikan paras HGH tinggi dan insulin pula rendah. Memastikan tahap insulin yang stabil adalah kunci utama dalam mengelakkan dewasa kencing manis. Minyak ikan juga secara langsung meningkatkan pengoksidaan lemak dalam sel-sel lemak.
Nota: Pengambilan 3 biji omega guard sehari yang disertai bersama dengan exercise membantu mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Adalah dipercayai bahawa minyak omega 3 meningkatkan aliran darah ke otot-otot semasa exercise dan membantu untuk merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga.
Bacaan lanjut:
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana