SIRI 1 DIET SIHAT: Konsep Berdiet Bersama Suplemen
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Diet sihat bersama suplemen mempunyai tiga konsep iaitu buang melalui sistem detox, bakar lemak dan bina otot dengan sumber protein. Tahukah anda, apakah suplemen yang sesuai untuk ketiga-tiga konsep ini? Jom kita lihat penerangan secara lanjut di bawah.
Konsep Pertama: Buang melalui sistem detox
Apa itu Detox? Detox adalah proses membersihkan sisa-sisa toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan proses ini dikeluarkan melalui pembuang air besar. Selepas segala sisa dibuang, barulah penyerapan nutrien diserap dengan mudah.
Suplemen yang sesuai untuk detox ialah Herblax dan Alfalfa. Alfalfa sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan dan tidak mempunyai masalah sembelit manakala herblax pula sesuai untuk mereka yang sembelit.
Konsep Kedua: Bakar Lemak
Pengamal diet memerlukan Lecithin atau Omega Guard untuk memecah dan membakar lemak yang melekat di dinding membrane. Omega Guard lebih cepat bertindak memecahkan lemak berbanding Lecithin tetapi jika anda inginkan kesan yang lebih CEPAT, saya sarankan anda mengambil kedua-dua suplemen ini.
Konsep Ketiga: Bina Otot
Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkat metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%.
Protein terbaik dari Shaklee untuk diet ialah Cinch Shake. Tetapi jika anda menyusukan anak, saya sarankan anda ambil ESP kerana ianya dapat mempercepatkan penghasilan susu selain dari diet.
Walaupun anda menggunakan suplemen untuk mendapatkan berat idaman, anda disarankan mengambil pemakanan seimbang dan TIDAK BOLEH terlalu bergantung harap pada suplemen. Ini kerana, suplemen hanya membantu proses diet anda.
Ingat, jangan makan sesuka hati je ye :)
Bacaan lanjut:
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana