SIRI 2 DIET SIHAT: Kepentingan Air dalam Diet Harian
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Air merupakan elemen yang penting dalam badan. Setiap manusia mengandungi 55 hingga 75 peratus air. Air sangat penting untuk membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
Selain itu, air juga membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.
Hampir 83 peratus kandungan darah ialah air. Darah pula merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi mengagihkan nutrien makanan ke seluruh badan.
Di dalam proses diet, air berfungsi sebagai alat untuk membuang sisa toksik dalam badan. Ianya dikeluarkan melalui peluh ataupun air kencing.
Selain dari itu, air juga membantu nutrien yang anda makan seperti protein, karbohidrat dan vitamin disebarkan ke seluruh badan.
Jadi, pengambilan air yang secukupnya sangatlah penting untuk memastikan segala kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya dan mengurangkan masalah healing krisi berlaku (klik sini).
Ingat!
25kg berat badan = 1 liter air
Dan anda disarankan mengambil 2 - 3 liter air sehari. Jika berat badan anda berlebihan, sila pastikan air di ambil dalam jumlah yang banyak.
Bacaan lanjut:
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana