PUNCA KETIDAKSUBURAN: Tiub Fallopio Tersumbat
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Beberapa hari lepas, ada kenalan saya yang bertanya berkaitan masalah tiub fallopio tersumbat. Jadi alang-alang kenalan itu bertanya, saya carikan maklumat dan kongsikan maklumat itu di blog ini.
Tiub Fallopio Tersumbat
Tiub fallopio terdiri daripada dua tiub nipis, ia membantu membawa telur yang matang daripada ovari ke rahim.
Apabila terdapat penghalang telur daripada perjalanan tiub fallopio, wanita itu sebenarnya mempunyia tiub fallopio tersumbat. Ia boleh berlaku pada satu atau kedua-dua belah bahagian. Ini juga dikenali sebagai faktor kemandulan tiub, dan merupakan 40% punca kemandulan wanita.
Tiub Fallopio Tersumbat |
Bagaimana tiub fallopio tersumbat menjadi PUNCA KETIDAKSUBURAN?
Setiap bulan, apabila ovulasi berlaku, telur akan dikeluarkan dari salah satu ovari. Telur bergerak dari ovari melalui tiub, dan telur menuju ke rahim. Sperma juga perlu berenang dari pangkal rahim dan akan melalui tiub fallopio untuk mendapatkan telur. Persenyawaan biasanya berlaku semasa telur bergerak melalui tiub.
Jika satu atau kedua-dua tiub fallopio tersumbat, telur tidak dapat tiba ke pangkal rahim dan sperma tidak boleh sampai ke telur. Ini menyebabkan penghalang persenyawaan dan kehamilan.
Bolehkan anda hamil dengan tiub fallopio tersumbat?
Jika hanya salah satu tiub fallopio tersumbat, ia mempunyai harapan yang cerah untuk hamil. Namun ia juga bergantung sejauh mana ovari berfungsi, dan juga apa yang menyebabkan tiub tersebut tersumbat.
Apakah rawatan tiub tersumbat?
Jika anda mempunyai satu tiub terbuka dan sihat. Doktor anda mungkin akan memberikan anda ubat kesuburan untuk meningkatkan peluang ovulating kerana terdapat tiub yang berfungsi.
Dalam beberapa kes, pembedahan laporoskopi boleh membuka tiub tersumbat atau membuang tisu parut oada bahagian yang bermasalah. Malangnya, rawatan ini tidak selalu berjaya. Peluang kejayaan bergantung kepada bagaimana teruknya, di mana ia tersumbat dan penyebab tersumbat.
Jika ianya hanya nipis di antara tiub dan ovari, maka peluang anda untuk hamil selepas pembedahan adalah yang tinggi. Jika anda mempunyai tiub tersumbat yang sihat, anda mempunyai 20% kepada 40% peluang untuk hamil.
Cadangan suplemen Shaklee:
GLA: membantu meningkat kesuburan wanita.
B-complex: memberi ketenangan dan tenaga kepada saraf.
Alfalfa complex: mengurangkan keputihan yang menghalang telur dan sperma daripada bersatu.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana