Followers

Showing posts with label Tips kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Tips kecantikan. Show all posts

Tips Atasi Masalah Kulit Kering Ketika Travel

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Bila selalu travel, kulit sering menjadi masalah disebabkan perubahan cuaca dan juga masalah tak sempat nak berdandan tepek segala skin care kat muka. Makanya kulit confirm laa jadi kering kemudian mengelupas.


Saya ada tips untuk atasi masalah ini. Caranya ialah manjakan muka dengan masker semulajadi. Resepi masker ini ialah ekstrak anggur muscadine, ekstrak lobak ungu,ekstrak european elderberry, Ekstrak Polygonum cuspidatum. Gaul sebati kesemua bahan kemudian sapu seluruh muka selama 10 min. Bilas dan hasilnya marvellous, moist dan fast recovery.


Tak tahu mana nak dapatkan kesemua bahan ini? Mudah sahaja! Ambil VIVIX dan terus sapu ke muka anda kerana ekstrak anggur muscadine, ekstrak lobak ungu, ekstrak european elderberry dan ekstrak Polygonum cuspidatum adalah kandungan utama Vivix.


Klik imej untuk paparan lebih jelas

Ini testimoni saya. Ketika ini saya dah jadi WAHM - Work At Home Mom. Bila duduk rumah, memang dah tak pakai apa-apa penjagaan kulit. Hanya cuci muka sahaja. Kulit pun rasa macam kering je. Bila dah cuba masker vivix, fuh memang best. Kulit lebih anjal. Nampak tak, kulit mukaku anjal gitu. Hehe. Ok jangan jeles tau.


Selamat mencuba. Jom sama-sama jadi cantik. :D


Cara Pudarkan Parut Jerawat dan Jeragat dengan Mudah.

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nk beri tips mudah sangat ni, anda semua ada Alfalfa Complex tidak? Untung mereka yang ada Alfalfa kerana saya nak beri tip mudah pudarkan parut jerawat dan jeragat dengan hanya menggunakan Alfalfa. Yang semestinya haruslah dilakukan secara konsisten. 


Caranya ialah dengan menjadikan Alfalfa Complex sebagai masker.


Mudah sahaja cara kan. 


Saya yakin dengan produk-produk dari Shaklee kerana ianya menggunakan bahan-bahan semulajadi dan Shaklee melaburkan berbilion ringgit untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.


Untuk pengetahuan anda, Alfalfa complex ini diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja segala tumbuhan". 


Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak.


Daun yang telah matang ini kaya dengan klorofil. Daun-daun ini juga dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya, kemudian dikeringkan dan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. 


Shaklee sangat-sangat menjaga kualiti setiap produk yang dihasilkan. Ini yang saya suka. Bila dikaji setiap bahan yang digunakan di setiap produk mereka, semakin saya jatuh cinta. Jom kita lihat testimoni mereka yang dah jadikan alfalfa sebagai masker.


Testimoni 1: Kulit semakin glowing



Testimoni 2: Belakang badan yang berjerawat sudah tidak gatal setelah sapu masker Alfalfa.
Jerawat di muka juga semakin berkurang.



Testimoni 3: Masker esp + Alfalfa, hasilnya kulit terasa lawa glowing.
Biji-biji (Whitehead/blackhead) di hidung juga mudah tanggal.


Anda teruja dengan keberkesanan masker alfalfa? Jom lah cuba, berbaloi-baloi. Harganya yang murah sangat tidak sesuai dengan 1001 kelebihannya.



7 Tips Tegangkan Kulit Muka

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Umur ni kalau makin tua makin banyak kedut-kedutnya kan. Nak buat macam mana ni? Eh tak payah risau, saya ada tips untuk awak-awak semua ni. Tips tegangkan kulit muka. Saya terbaca kat dalam majalah wanita keluaran November. 


Saya kongsikan kat sini lagi jadi kalau awak-awak tak baca majalah ni boleh juga baca kat dalam blog saya. Tips yang ada ni sememangnya ada 6 tips tradisional dan saya akan tambah 1 tips moden yang memang saya sendiri amalkan. Okay jom kita tengok apa tipsnya:


1) Menggunakan lidah buaya


Sapu seluruh wajah dan leher dengan lendir lidah buaya. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air sejuk. 

Lidah buaya bukan sahaja dapat menganjalkan kulit wajah malah ia juga melembao dan membantu mengecutkan jerawat. 


2) Putih telur dan madu

Ambil sebiji telur ayam sebaik-baiknya telur ayam kampung. Asingkan telur kuning, ambil bahagian putih sahaja. Campurkan dengan dua sudu madu. Gaul sebati, jadikan masker. Sapu rata pada seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bilas dengan air suam. 

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, bilas dengan air suam yang dicampur perahan limau nipis. Selain berfungsi mengekang penuaan, kombinasi bahan ini juga mencerah dan merawat resdung.


3) Kulit pisang

Gunakan kulit pisang emas masak, Gosok bahagian kulit pisang pada wajah perlahan-lahan. Biarkan ia kering, bilas dengan air bersih. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu, anda pasti gembira dengan hasilnya. Kulit semakin cantik dan parut pula beransur pudar.


4) Timun dan tepung ubi kayu

Sagat timun hingga lumat, kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu bersama sedikit air. Kacar rata, jangan terlalu cair. Jadikan masker, sapu pada wajah. Biarkan sehingga kering kemudian bilas wajah dengan air suam. 

Ia bukan sahaja mencerah dan menegangkan kulit yang kendur malah tepung ubi kayu dan timun menyegarkan kulit kusam.


5) Susu segar

Caranya mudah sahaja, sapukan seluruh wajah dengan susu segar atau susu tepung, biarkan ia kering. Bilas bersih dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga mendapat hasil seperti diharapkan.


6) Jus pegaga dan lobak merah

Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri, amalkan minum jus campuran lobak merah dan pegaga. Pegaga dan lobak merah sangat baik untuk kesihatan serta kecantikan. Kedua-duanya kaya dengan perlbagai khasiat. 


Saya dah cuba petua yang no 1 tu (bestttt) sebab senang sangat, ada kat rumah ni mak mertua tanam. hihi terima kasih mak tanamkan untuk Hana. (Sebenarnya mak mertua ni suka tanam pokok bunga, penuh rumah ni dengan bunga. Menantu dia je yang tak reti tanam pokok bunga).


Sekarang saya nak kongsikan tips moden pula. Tips ini memang saya amalkan setiap hari. Kulit saya memang gelap dari azali tapi semakin meningkat usia ni semakin kusam pula. Bila dah kusam, semakin gelap lah kan. Bila saya konsisten ambil 3 produk ni, kulit muka dah jadi sekata, tak kusam dan jeragat pun berkurangan. Yeaaaa sukaaa.


7) ESP, Collagen Powder dan Vitamin C


Kalau anda semua amalkan setiap hari secara konsisten, anda akan dapat hasil yang sangat best, sangat memuaskan hati sebab ketiga-tiga suplemen ini adalah untuk set kecantikan juga.


Collagen powder sesuai untuk mengurangkan kedutan, garis-garis halus, jeragat, bekas jerawat dan segala jenis masalah kulit yang lain.


Esp pula saya mula consume ketika anak yang pertama masih menyusu. Niatnya nak membantu perjalanan penyusuan tapi bonusnya kulit muka semakin anjal dan lembap. Satu yang saya perasan, tona kulit pun semakin sekata dan tak kusam. Bonus nya lagi, (banyak benaa bonusnya kann) badan saya kekal kurus walaupun makan tanpa henti. (kuat makan ni masa menyusukan anak). Alhamdulillah kekal kurus.


Vitamin c ni pula saya suka sebab ia membantu meningkatkan tahap imunisasi saya. Jarang demam, alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah. Selain itu ia mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, menyekat berlakunya pigmen, Pigmen ni adalah penyebab utama jeragat. Bila pigmen terhalang, maka jeragat pun tak berani lah nak muncul kan. Yesss!


Kalau baca banyak kali, semua tips moden ni saya suka. Sebenarnya semua produk shaklee ni saya suka tau sebab saya sendiri dah amalkan jadi saya tahu ia memang best dan saya sarankan anda ambil ketiga-tiga suplemen ni tau. Serius best. Ish susah nak cakap betapa bestnye tu. Hihihi. 


Sampai sini sahaja coretan untuk pagi ini. Nanti saya sambung entri yang lain pula ya. Terima kasih mingguan wanita sebab keluarkan tips berguna ni. 


Rahsia Awet Muda dengan Air Putih

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Sarah Smith

Assalamualaikum w.b.t,

Sarah Smith seorang yang mempunyai masalah penghadaman dan menderita sakit kepala telah membuat eksperimen tiga liter air sehari atas saranan pakar neurologi tentang masalah beliau. Beliau membuat eksperimen selama sebulan. Eksperimen ini dilakukan untuk mengatasi masalah kesihatan beliau, tetapi beliau dapat kesan yang lebih dari itu. Lihat gambar dibawah.

Anda pasti teruja!

Jom ketahui bagaimana beliau melakukannya dan proses sepanjang tempoh sebulan itu.


Minggu Pertama

Tips supaya anda tidak bosan minum air sebanyak 3 liter sehari adalah membahagi-bahagikan air kepada 3 pecahan iaitu diambil pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda akan merasa perbezaan dalam proses pembuangan air kecil kerana ia akan bertambah daripada normal (3 kali sehari) kepada 5-6 kali sehari.


Wajah pula akan mula keluar jerawat dan itu mungkin toksin yang telah keluar dari dalam wajah anda. Air kencing pula akan mula bertukar kepada lebih cair dan tidak berwarna kuning gelap. Minum banyak air juga membantu melancarkan pergerakan badan anda terutamanya di bahagian sendi.


Minggu Kedua

Anda akan melihat perbezaan ketara pada kulit wajah anda dimana strukturnya bertambah baik dan tona kulit sekata. Selain itu juga kedutana di bawah mata perlahan-lahan akan hilang. Bau mulut akan berkurangan dan lidah tidak kotor/putih seperti sebelum anda amalkan minum air kosong ini.


Oleh kerana anda mengambil air kosong dengan banyak, maka selera makan anda pasti berkurangan kerana perut telah diisi, akan tetapi anda mempunyai masalah kerana akan tetap membuan air kecil dengan kerap. (Sila bertabah dan bertahan untuk kesihatan anda jangka panjang)


Minggu Ketiga

Lingkaran gelap dan kedutan di bawah mata telah hampir hilang dan kulit kelihatan lebih anjal, berseri dan lebih subur. Ini adalah kerana air membantu sel kulit wajah menjana semula dengan lebih cekap. Struktur kulit bertambah baik dan nada kulit lebih sekata dari sebelumnya. 


Selain itu juga, minum air dengan banyak boleh membuatkan kita lebih tumpu dan fokus dalam pekerjaan kita. Dehidrasi boleh mengurangkan keupayaan kita untuk menumpukan perhatian serta prestasi kognitif kita.


Minggu Keempat

Anda akan dapat melihat perubahan ketara berbanding minggu pertama. (Anda perlu mengambil gambar sebelum mengamalkan petua ini untuk melihat perubahan anda). Pastikan pengambilan makanan juga baik dan tidak terlalu berminyak kerana ini mungkin melambatkan proses perubahan kulit wajah anda.

Link menarik:







Tips Kelihatan Cantik Dengan GLA Complex

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi tadi Adaa, kawan dari group September kelolaan mama Shaklee ku, kongsikan 1 tips untuk nampak cantik ketika kita pakai bedak. Tipsnya sangat mudah. Hanya dengan menggunakan 1 biji dan juga bedak.


Kebiasaannya, kita akan menggunakan foundation sebagai asas sebelum kita sapukan bedak ke wajah untuk memastikan bedak tahan lama dan nampak lebih berseri. Ada juga segelintir yang tidak suka menggunakan foundation kerana asasnya berminyak dan membuatkan si pemakai tidak selesa. Penyelesaian  kepada masalah ini ialah GLA Complex. Bagaimana?

Ambil 1 biji GLA Complex, cucuk dengan peniti dan sapu pada wajah. Kemudian, tekapkan bedak sedikit demi sedikit.
(1 biji GLA Complex, boleh disapu sehingga seluruh leher dan kedua-dua belah tangan dari siku ke bawah) 
Hasilnya, bedak tahan lama dan muka bebas minyak. 


Nampak menarik, kemudian saya terus buat. Betul, saya memang tak sangka bahawa GLA Complex ni boleh dijadikan asas bedak. Kulit saya rasa lembap sangat dan GLA ini tidak berbau ya. Jadi anda tak perlu risau. Ok, jom baca apa kata Adda:


Terima kasih Adda atas perkongsian yang berguna ini.








Tips Mengurangkan Bintik Hitam dari Dapur Anda!

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,


Kulit kita akan semakin berusia, semakin mengedut, mengeluarkan bintik-bintik hitam. Di sini saya berikan tips mengurangkan bintik hitam dari dapur anda.

1. Lemon


Jus lemon telah lama digunakan untuk menghilangkan dan mencerahkan bintik hitam di kulit muka. apa yang anda perlu buat ialah perah lemon dan ambil perahannya sahaja. Gunakan cotton buds, celupkan ke dalam perahan tadi dan sapukan terus di bahagian bintik hitam dua kali sehari.

2. Bawang


Bawang paling mudah didapati di dapur anda. Tetapi, tahukah anda bawang mampu mencerahkan bintik hitam di wajah anda? Bawang merah mempunyai bau yang kurang enak tetapi jusnya memberi khasiat dan manfaat kepada kulit wajah kita.

Hanya potong bawang merah, ambil jusnya atau kisar untuk dapatkan jus. Sapukan di bahagian bintik-bintik gelap atau di bahagian yang anda inginkan. Biar sehingga 10 - 15 min sebelum dicuci menggunakan air suam dan diikuti dengan pencuci muka anda.

Jika anda konsisten dan sentiasa mengamalkan tips ini, insyaAllah bintik-bintik hitam akan kurang kelihatan. Perlu diingat, petua yang menggunakan bahan semulajadi mengambil masa yang agak lama, jadi bersabar, bersabar dan teruslah bersabar untuk mendapatkan hasil yang pasti memuaskan hati anda!

Selamat mencuba kawan-kawan!

Sumber



Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan