Makanan untuk Mata Sihat
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Makanan untuk Mata Sihat | Kita selalu disuruh makan lobak bila nak jaga mata. Tapi kenapa lobak? Ini kerana Lutein dan Zeaxanthin merupakan pigmen semulajadi yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau, buah-buahan, jagung dan kuning telur di mana ia memberi warna kepada bahan-bahan tersebut. Ia membekalkan nutrisi pada mata dengan bertindak sebagai antioksida yang menghalang daripada radikal bebas yang berbahaya.
Berikut pula adalah senarai vitamin yang diperlukan oleh mata :
- Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah ESP.
- Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah Ostematrix.
- Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah Carotomax.
- Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah B Complex
- Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah SR Vitamin C.
- Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah Vitamin E Complex.
- Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah Zinc Complex.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana