Bekam dan Kebaikan Bekam
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Bekam dan Kebaikan Bekam | Semalam, saya bawa mak mertua pergi berbekam sebab tanggannya sakit tak boleh angkat. Lagipun, dia dah lama tak sihat. Nak dijadikan cerita, saya nak buat rawatan urut tulang belakang. Sejak kemalangan 2 tahun lepas, saya selalu sangat sakit tulang belakang ni.
Malam sebelum tu memang tak boleh tidur. Jadi, setelah saya dapatkan konsultasi dengan ustaz Asri (ustaz di tempat bekam tersebut), saya perlu buat rawatan tarik kaki tangan supaya sama panjang dengan sebelah kiri. (Makluman, kaki saya tak sama panjang lepas kemalangan, sakit tulang belakang tu lah kesannya.
Sebelum mulakan rawatan tarik kaki tu, saya perlu berbekam terlebih dahulu. Allah bagi rezeki, Alhamdulillah. Dapatlah saya berbekam semalam dan semalam adalah kali pertama saya berbekam. Point-point saya kebanyakannya di bahagian kaki. Bahu dan tulang belakang tak ketinggalan.
Alhamdulillah, selepas berbekam saya rasa ringan sangat bahu ni. Tulang belakang pun kurang rasa sakit. Syukur Allah aturkan segalanya. Apa itu bekam?
Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.
Sabda Rasulullah SAW ;
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"( "Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)
Diantara kebaikan bekam darah ialah:
1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Untuk pengetahuan semua, berbekam digalakkan dilakukan sebulan sekali. InsyaAllah kalau ada rezeki dan diizinkan Allah, saya nak berbekam lagi bulan hadapan. Jom lah cuba bekam. Memang rasa ringan badan.
.

8 comments
Write commentsbgsnya hannah:)
Replyakak belum ada kekuatan nak berbekam, takut
Saya teringin nak berbekam... tapi belum berkesempatan...
ReplySaya pun takut mula2 tu kak..tapi beranikan diri jugak sebab dah tak tahan sakit.. hehehe..
Replyada masa nanti cuba lah..best..ringan badan..
Replyaida takut :(
ReplyHehe, kalau dah terpaksa, jadi berani kak aida..saya ni kes terpaksa ni..
ReplyTeringin jugak nak bekam...tapi seriau!
ReplyBila tengok darah yang keluar tu raya syokk pulak..then badan rs ringan, hilang dah seriaunya..hehehe
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana