6 Masalah Kulit dan Penyelesaiannya
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
8 Masalah Kulit dan Penyelesaiannya | Anda tahu tak? Kulit merupakan organ terbesar bagi badan anda. Jika ianya dipanjangkan, bidangnya kira-kira sebesar 18 kaki persegi. Ini juga bermaksud begitu banyak sel kulit yang harus dipelihara dan digantikan. Banyak juga masalah yang timbul jika tidak dijaga dengan rapi.
Berikut merupakan 6 masalah kulit dan penyelesaiannya yang telah dikaji oleh Dr. Bruce B. Miller:
1. Kulit Kering
Anda perlu hadkan pengambilan daging merah dan gunakan minyak zaitun sebagai asas minyak masak dan juga sebagai minyak salad. Tumpukan pada EPA, vitamin E dan beta karotena. Minyak ini akan menyerap ke dalam epidermis menerusi kelenjar sebum yang terdapat pada bahagian dermis serta memmbantu kulit kekal lembut dan tidak cepat kering.
Lebihan protin juga membantu kulit anda kekal lembut. Protin di dalam sel membantu mengekalkan kelembapan dan menjamin kulit anda halus dan lembut.
2. Kedut.
Punca utama terjadinya kedut ialah usia yang meningkat, banyak terdedah kepada matahari, merokok dan lain-lain bahan kimia dengan persekitaran yang penuh toksik. Untuk melambatkan proses penuaan ini, anda harus lebihkan konsisten dalam pengambilan vitamin C, beta karotena, vitamin E, protin, EPA dan juga zink. Di samping itu, dapatkan tidur yang nyenyak dan rehat yang mencukupi.
3. Kerosakan akibat matahari.
Sama seperti masalah kedut di atas. Gunakan pelembab kulit yang berkualiti tinggi setiap hari. Jika anda bergerak di bawah matahari, gunakanlah pelindung matahari yang tinggi.
4. Berjerawat.
Sesetengah wanita memperolehi masalah ini semasa haid. Dengan meningkatkan peransang imun seperti protin, vitamin C, B kompleks, vitamin E, zink dan beta karotena dapat menyelesaikan maslaah ini.
5. Ekzema.
Ekzema ini merupakan masalah kulit yang diwarisi. Ia boleh berkekalan dan amat gatal, mencacatkan rupa, menyebabkan inflamasi dan mengganggu emosi. Anda perlu elakkan makanan yang boleh menyebabkan simptom ekzema timbul, perhatikan makanan yang perlu dielakkan dan ambil makanan tambahan yang boleh membantu seperti protin yang bersumberkan kacang soya. Kebiasaannya, diet yang mengandungi lebih banyak serat dan kurang daging merah boleh memberikan kesan yang baik.
6. Saluran Darah Dilat.
Ini ialah garis-garis merah semacam sarang labah-labah di bawah kulit yang tidak merbahaya tetapi amat mengganggu dari segi kosmetik. Anda memerlukan vitamin C yang melebihi dos harian untuk mengurangkan gejala ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana