AJHT Bantu Lutut Bengkok Semula
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
AJHT Bantu Lutut Bengkok Semula | Teringat kisah beberapa hari sebelum closing bulan lepas. Saya menerima panggilan dari seorang bapa yang risaukan anaknya. Kisahnya, anak beliau mengalami kemalangan pada Disember 2014 dan mengalami kecederaan iaitu patah lutut. Selepas beberapa bulan menjalani pembedahan, lutut anak beliau masih belum boleh bengkok.
Mungkin ini rupa bagaimana tulang lutut patah (saya tak pasti) - sumber google |
Menjalani pembedahan kedua, beliau mula mencari-mencari suplemen dan berusaha bermacam cara untuk membantu anak beliau supaya boleh berjalan seperti biasa. Umur masih 14 tahun, masih panjang perjalanan beliau. Alhamdulillah, beliau terjumpa AJHT di farmasi. Malangnya, beliau tidak diberitahu cara makan yang sepatutnya. (Bukan ini tujuan nak cerita)
Selepas pertemuan saya ke rumahnya, saya memberi konsultasi sehabis baik dan menceritakan pengalaman saya, boleh baca entry saya di SINI. Sebenarnya, anak beliau takut nak makan suplemen yang dibelikan oleh beliau. Alhamdulillah, selepas pertemuan yang dibuat oleh Allah swt, anak beliau mula yakin untuk ambil AJHT, Omega, ostematrix (set sendi) dan juga beberapa suplemen yang lain. Harapan saya semoga Allah memberi kesembuhan kepada anak beliau.
Dengan usaha yang dilakukan oleh kedua ibu bapa dan atas izin Allah, sebelum pertemuan ini terjadi, kaki anak beliau mula bengkok. Semoga suplemen shaklee ini mampu memberi khasiat yang diperlukan oleh anak beliau.
Kelebihan setiap vitamin di dalam set sendi:
1) ADVANCE JOINT HEALTH TABLET - mengekalkan tulang rawan yang sihat
~ menyokong keselesaan sendi
~ memelihara tisu-tisu penyambung yang sihat
~ meningkatkan kesan kusyen
2) OMEGA GUARD - mengurangkan inflamasi
~ omega 3 melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
~ bertindak sebagai pelincir. Membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.
~ pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamin dapat membantu meningkatkan kesihatan sendi.
3) OSTEMATRIX - mengekalkan sel tulang yang sihat
~ kalsium penting untuk tulang, otot dan ligamen
~ magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi.
Semoga Allah memberi kesembuhan buat anak beliau.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana