5 Sebab Perlu Ambil Makanan Tambahan
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
5 Sebab Perlu Ambil Makanan Tambahan | Selama ni kita tak pernah terfikir untuk ambil suplemen atau kata lain makanan tambahan untuk badan kita. Masa kita muda, lagi lah. Tak pernah ambil tahu pun kan. Katanya, badan masih muda, masih cukup segala nutrisi. Katanya laa kannn..
Ini saya senaraikan 5 sebab anda perlu ambil makanan tambahan.
PERTAMA: Ramai kita menyedari bahawa makanan kita tidak berkhasiat seperti dahulu. Makanan kini banyak yang diproses, tanahnya telah pupus nutrien, pemprosesan, pengangkutan dan hayat simpanan yang panjang menjejaskan nilai nutrien. Kita harus menggantikan nutrien yang hilang dari makanan kita sebolehnya.
KEDUA: Bahan-bahan kimia semakin banyak ditambah ke dalam makanan kita. Kita masih belum tahu akibat jangka panjang bahan kimia ini pada badan kita.
KETIGA: Pencemaran udara, air, pembunuhan ikan dan buangan toksik semakin berleluasa.
KEEMPAT: Sesetengah penyakit yang kita biasa kaitkan dengan peningkatan usia kini didapati ada kaitan dengan pemakanan yang kurang sempurna sepanjang hayat kita. Jadi, pemakanan yang penuh nutrisi diperlukan untuk mengurangkan risiko penyakit ini. Salah satu contohnya ialah osteoporosis.
KELIMA: Pilihan makanan serta tabiat makan kita telah banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu.
Jadi, anda rasa anda perlu ambil makanan tambahan?
4 comments
Write commentsHampir semua keluarga amik makanan tambahan sekarang ...
ReplyKan kak hani..
Replytu la.
Replytabiat makan.
jenis makanan...
semua tu faktor ke atas tidak sihat!
betul tu kak aida..banyak faktor tak sihat..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana