Resepi Fishball Homemade Mudah dan Ringkas
Teks: Norhana MarsomAssalamualaikum w.b.t,
Resepi Fishball Homemade Mudah dan Ringkas
Bahan-bahan:
Isi ikan 500 gm @ 2 1/2 cawan
Tepung ubi 1/2 cawan
Gula pasir 1/4 cawan
Ajinomoto 1 sudu makan
Lada sulah 1/2 sudu teh
Sedikit garam
Kiub ais 4 ketul
Cara-cara:
- Kisar kesemua bahan hingga sebati
- Kemudian masukkan ketulan ais dan kisar lagi
- Bulat-bulatkan kemudian masukkan ke dalam air mendidih
- Angkat dan rendam dalam air sejuk
Nota: Ketika hendak bulat-bulatkan, ambil sedikit minyak dan letakkan ke tapak tangan untuk memudahkan proses membulat dan tidak melekat.
![]() |
Maaflah, ni aja gambar yang ada.. |
Resepi nugget
Resepi meatball
2 comments
Write commentswah macam senang je nak buat.. boleh try nanti
Replysenang sangat, cuba lah buat..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana