Kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget)
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget) | Cukup sebulan saya tak update blog saya ni. Dah mula bersawang sangat dah. Tapi sayangnya pada blog memang susah nak dinafikan. Hari-hari dok teringat tapiiii tak update jugak yek.
Syukur Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang diberi keizinan oleh Allah s.w.t untuk menghadirkan diri dalam kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget). Kursus ini dianjurkan oleh Puan Shikin dari Mini RTC Batu 18, Air Hitam Muar. Tenaga pengajarnya ialah Puan Sharifah Mahani Syed Ismail dari Bakery Academy Kulai.
Jauh tenaga pengajar datang, jadinya kesemua peserta haruslah belajar bersungguh-sungguh dan manfaatkan ilmu yang diberi kat rumah pula. Boleh juga share resepi pada kawan-kawan blog saya ni. Tapi sat na, resepi mungkin di lain entri.
Kursus ini dihadiri oleh 34 orang peserta. Fuhh memang penuh dan padat! Tak sangka sambutan sangat luar biasa. Owh ye, kursus ni saya hanya bayar RM10 sahaja. Selebihnya ditanggung oleh pihak MRTC. Terima kasih sekali lagi Puan Shikin.
Okay, tanpa membuang masa, kita layan gambar jelah ye. Tengok gambar ni syok sikit kann.
Inilah 2 tenaga pengajar (ber uniform) yang mengajar dalam kursus ini, Puan Sharifah Mahani dan anaknya. Saya lupa nama anaknya. Maafkan saya ye. Puan Sharifah Mahani ini mempunyai bakeri beliau sendiri di Kulai yang diusahakan bersama suami dan anak-anak. Seronoknya mereka semua berada dalam bidang dan minat yang sama. Jadi mereka bersama-sama dalam semua perkara. Seronok kann. (Saya tengah berangan bisnes bersama suami dan anak-anak)
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk sama-sama membantu membentukkan fishball, meatball dan juga nugget. (Gambar semasa fishball, meatball dan nugget dibuat tak ada, maaf ye)
Akhir sekali, proses merebus dan menggoreng fishball, meatball dan nugget. Kemudian dibungkus untuk dibawa pulang oleh peserta (kami laa tu). Rasa nuggetnya memang heaven. Macam nugget beli kat McD. Tak yah dah nak pergi McD ni, buat sendiri je. (Saya pun dah bertahun tak ke McD).
Masa daftar untuk kursus ni, daftar sendiri je. Dah sampai ke kursus rupa-rupanya kakak sekampung pun join sekali. Apa lagi, havoc laa kami bertiga. Heeee..
Akhir sekali, acara wajib. Gambar kenangan bersama-sama kesemua peserta, penganjur dan tenaga pengajar. Seronok sesekali aktifkan diri dalam aktiviti Mukim dan kampung ni. Rasa syok nak join lagi akan datang. InsyaAllah.
3 comments
Write commentsBest sgt.. Suka kursus2 macam ini..
ReplyBoleh membantu menyediakan makanan sihat untuk anak..
Setuju..saya pun rs syok sgt join kursus mcm ni..lepas ni blh laa join lg kursus yang lain-lain pulak..heee
ReplySetuju..saya pun rs syok sgt join kursus mcm ni..lepas ni blh laa join lg kursus yang lain-lain pulak..heee
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana