Tabung Paksa Rela
Assalamualaikum w.b.t,
Tabung Paksa Rela | Pernah dengar juga sebelum ni menabung dengan menetapkan jumlah tabungan setiap hari, contohnya sehari wajib simpan RM1. Tak kira laa menggunakan duit syiling atau duit kertas. Tapi pagi-pagi ni terbaca pulak dekat newsfeed fb menabung dengan menetapkan warna duit pilihan.
Agak-agak mampu tak kita nak menabung macam ni? Kalau tak dipaksa, memang tak menjadi. Yang penting mestilah disiplin dan jujur dengan diri sendiri. Semuanya bermula dengan diri sendiri kan.
>> Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya <<
Pertama sekali, setkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.
+ Tempoh masa : 10 bulan+ Tujuan : Nak gi vacation @ gi Umrah @ nak menikah lagi @ nak beli beg Prada dan sebagainya+ Duit yang dipilih : RM5 dan RM20 (saya pilih RM20 sahaja)
PERATURAN WAJIB :
1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.
2..HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20.
3..Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT.
4..WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.
5. Kalau belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.
6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG.
Sumber: Nahar Efendy Noordin
Terbaca pulak komen seseorang di entri ini.
Kalau korang? Menabung ke tak? Hehehe..jujurrrrr |
2 comments
Write commentsSA menabung...tp SA suka duit RM1...sebelum ni tahun lepas simpan duit RM5, tiba raya abih duit tu SA gunakan untuk duit raya anak2 buah..heheheheh
ReplyWahh bagus jugak tu kann...
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana