Resepi Nugget Homemade Mudah dan Ringkas
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Resepi Nugget Homemade Mudah dan Ringkas | Fuhhh, lamanya saya ambil masa untuk kemaskini resepi nugget homemade mudah dan ringkas yang saya belajar 1hb Disember aritu kan. Dah nak habis bulan Disember pun ni. Biar lambat asal selamat gitu :D.
Sebenarnya bulan Disember ni adalah bulan yang paling padat bagi kami sekeluarga. Walaupun saya dah jadi surirumah bergaji semula, tapi masih banyak urusan-urusan penting yang perlu diselesaikan. Boleh dikatakan hampir setiap hari duduknya dalam kereta. Duduk dalam rumah bila tidur je. Hehe (alasan sangat kannn).
Oklah, saya teruskan dengan resepi nugget homemade mudah dan ringkas ni ya.
Bahan-bahan:
Isi ayam atau filet 500gm @ 2 1/2 cawan
Tepung gandung 3 sudu makan
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Daup sup atau daun bawang atau oregano
Bahan-bahan salut:
Telur
Tepung atau serbuk roti atau emping jagung atau oat
Cara-cara:
- Kisar semua bahan hingga sebati
- Bentukkan
- Jika adunan basah, perlu keringkan dahulu menggunakan tepung gandum (salut nipis sahaja tak perlu tebal)
- Kemudian celup tepung, barulah serbuk roti atau nestum atau oat.
- Sedia untuk digoreng!
Mudah kan?
Resepi fishball
Resepi meatball
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana