Selamat Hari Guru
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Selamat Hari Guru | Pagi tadi dapat ucapan dari bekas pelajar saya yang dah saya anggap macam adik. Walau dah tak bergelar guru, masih lagi panggil ku dengan gelaran "puan". Masih lagi anggap ku sebagai gurunya. Tapi kalau berborak, dah macam samseng je masing-masing. Hehehe. Terima kasih atas ucapannya.
Selamat hari guru juga saya tujukan pada guru-guru yang pernah mengajar saya di:
- Tadika KEMAS Adela
- SK LKTP Adela
- SEMEKA
- Sek Agama Adela
- Kolej Matrikulasi Perlis
- KUSTEM (Universiti Malaysia Terengganu)
Juga ucapan ini ditujukan khas buat rakan-rakan saya bekas pendidik Cosmopoint, di KUIM, UMT, UMP dan juga rakan-rakan blogger saya yang bergelar guru, pendidik serta ibu-ibu yang menjadi pendidik anak-anak dari lahir hingga dewasa.
Selamat hari guru semua!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana