Baju Kurung Pahang Jahitan Kemas Blogger Mamaniza
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Baju Kurung Pahang Jahitan Kemas Blogger Mamaniza | Entri tertunda ni tau. Dah lama janji nak update tentang baju ni. Sebenarnya kain ni saya beli dari tahun 2012, masa tu berkunjung ke Kelantan menghantar sepupu suami nikah dengan orang sana. Jadi amik kesempatan berkunjung ke wakaf che yeh, beli lah sepasang kain ni.
Nak dijadikan cerita, balik dari Kelantan saya disahkan hamil anak kedua. Makanya kain ini tersimpan selama saya mengandung. Memang dah tak berjahit kain tu lama. Raya pada tahun tu pulak, saya beli jubah je (mood nak beraya takde sangat). Jubah senang, muat je nak sarung untuk ibu mengandungi ni kan.
Lepas bersalin, tahun 2012 dah sah-sah memang tak boleh nak melaram sangat sebab kain ni jarang, blink blink perlukan lining dan tak sesuai dipakai ibu yang ada anak kecil. Lagi sekali tersimpan dalam almari baju. Semasa Ammar 10 bulan (tahun 2013), kami kemalangan pula, haa saya masuk wad 20 hari, terbaring lama. Ok sekali lagi sebab-sebab kain ni tak berjahit.
Pada tahun 2014, saya dah semakin sihat, baju raya pun bekas pelajar saya jahitkan, kes saya special sungguh, dia belikan kain dan jahitkan jadi jubah sekali. Nak hantar kain yang ada ni, tapi dia tak berapa mahir nak jahit baju berlining. Dia tak nak ambil risiko, kang tak jadi baju katanya. Jadi, simpan lagi. Banyak sangat sebabnya kain ni lambat berjahit.
Tahun 2015, terbaca status blogger mamaniza di facebook. Beliau mengambil tempahan jahit baju. Haa apa lagi, mesej dan alhamdulillah mamaniza boleh jahit baju yang berlining. Yeahhh akhirnya, setelah beberapa tahun diperap sampai berhabuk dalam almari kain ini berjahit juga.
Panjang intro kan. So layan laa gambar ni ye. Terbaik, saya suka sangat. Jahitan mamaniza sangat kemasss! Puas hatiii!!!
Itu gambar baju digantung. Buat hal pula hp ni, tak nak keluar gambar yang dipakai ketika majlis makan malam ekslusif Jutawan Shaklee. Takpe, nanti saya update lagi kemudian ye. Yang penting saya happy sebab kain ni cantikkk sangat bila dah jadi bajuuu!
Jom tempah jahit baju dengan mamaniza (www.mamaniza.com), jahitan pasti puas hati dan harga berbaloi-baloi!

4 comments
Write commentscantik..:)
Replykannn..jahitan kemas
ReplyCantik jahitan mamaniza..
ReplyCantik sangat kak..best, selesa pakai baju ni..hehe
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana