Merawat Kanser Tiroid Menggunakan Radiasi
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Merawat Kanser Tiroid Menggunakan Radiasi | Sebelum ini saya ada menerangkan tentang hipertiroid, punca dan rawatan dalam erti kata lain mencegah serta mengatasi penyakit ini menggunakan suplemen makanan tambahan. Rujuk SINI.
Menurut bidang perubatan, ianya juga boleh dirawat dengan beberapa cara seperti pendekatan pembedahan, radioterapi dan kemoterapi. Bagaimanapun, entri ini hanya akan membincangkan rawatan melalui pendekatan radioterapi.
Rawatan Radioterapi
Apakah radioterapi? Radioterapi adalah kaedah rawatan yang menggunakan sinaran radiasi dalaman dan luaran untuk membunuh sel-sel kanser tiroid.
Dalam radioterapi luaran, tenaga tinggi X-ray digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser. Ia menggunakan mesin yang besar untuk mengeluarkan radiasi tenaga yang tinggi yang ditumpukan ke kawasan leher atau bahagian lain badan di mana sel-sel kanser telah merebak.
Sebelum memulakan rawatan dengan radiasi, doktor akan mengenal pasti lokasi sebenar kanser. Dos sebenar yang diperlukan akan ditentukan oleh sistem komputer. Rawatan yang betul yang diperlukan untuk mengurangkan kesan-kesan dan untuk meningkatkan kualiti kehidupan seseorang.
Dengan teknologi baru ini, sasaran hanya tertumpu kepada sel-sel kanser, oleh itu risiko merosakkan sel-sel sekitar dapat dielakkan. Kaedah ini digunakan dalam kedua-dua Penyatuan Pemodulatan Teknologi Terapi Sinaran (IMRT) dan Bimbingan Imej Terapi Sinaran (IGRT).
Untuk rawatan radiasi dalaman, pesakit akan diberikan iodin radioaktif yang akan larut dalam sel-sel tiroid. Iodin 131 adalah salah satu jenis radioaktif yang boleh diperolehi sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul. Masa Separuh hayat untuk Iodin 131 adalah 8 hari.
Dalam tempoh ini, badan pesakit akan terdedah dengan radiasi. Sinaran ini boleh dihapuskan melalui perkumuhan badan yang normal. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk minum air yang banyak. Bagi pesakit yang diberi dos yang tinggi akan dikuarantin di wad perubatan nuklear selama 3-5 hari dan pesakit yang menerima dos rendah akan dibenarkan untuk pulang ke rumah dengan syarat mereka mengikuti nasihat doktor berkaitan dengan perlindungan radiasi.
Sebelum memulakan terapi radiasi dengan iodin 131, pesakit akan diberi kaunseling perlindungan sinaran. Ia adalah amat penting bagi pesakit untuk memahami tentang perlindungan sinaran ini kerana ia berkait rapat dengan penjagaan diri semasa kemasukan dan selepas pulang dalam tempoh masa tertentu.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/umum/radiasi/merawat-kanser-tiroid-menggunakan-radiasi
Cadangan suplemen untuk mengurangkan risiko tiroid menjadi lebih teruk.
Jika anda berminat untuk dapatkan suplemen-suplemen menggunakan kredit atau debit kad anda, klik gambar dibawah:
2 comments
Write commentsMaklumat berguna...
ReplyInsyaAllah, semoga berguna pada oranglain..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana