Hipertiroidisme, Punca yang Menyebabkan Ianya Aktif dan Rawatan
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Hipertiroidisme dan Punca yang Menyebabkan Ianya Aktif | Tiroid adalah gangguan di mana kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon tiroid yang lebih daripada keperluan badan anda. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid.
Punca yang menyebabkan tioroid ini aktif:
- Penyakit Grave (penyakit autoimun) - Sistem imun badan mewujudkan antibodi yang menyebabkan kelenjar tiroid ini dihasilkan secara berlebihan. Penyakit Grave ini biasanya terjadi di kalangan ahli keluarga dan sering dihidapi oleh wanita muda.
- Keradangan pada tiroid (Thyroiditis) - Masalah pada sistem imun yang menyebabkan kelenjar tiroid membengkak dan hormon tiroid memasuki aliran salur darah.
- Thyroid nodule - Penyakit di mana satu atau lebih ketulan nodul tumbuh di kelenjar tiroid. Secara tak langsung ianya meningkatkan jumlah hormon tiroid di dalam darah anda.
Jika anda berminat untuk dapatkan suplemen-suplemen menggunakan kredit atau debit kad anda, klik gambar dibawah:
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana