Bagaimana Herbal Blend Membantu Mengecutkan Jerawat
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Bagaimana Herbal Blend Membantu Mengecutkan Jerawat | Sejak beberapa menjak ni, banyak dapat testimoni dari rakan-rakan sid bahawa produk paling murah dari Shaklee iaitu Herbal Blend Multipurpose Cream ini membantu mengecutkan jerawat mereka. Mesti ramai teruja kan? Dah lah murah, hanya RM27.50 sahaja dan ianya mampu tahan lama tau.
Walaupun dapat testimoni dari rakan-rakan sid sendiri, saya masih belum cukup berpuas hati sebabnya diri sendiri tak ada jerawat, jadi tak boleh nak buat kat diri sendiri. Lebih seronok rasanya bila dapat jadi testimoni untuk produk yang diri sendiri jual. Tetapiiii, saya tetap sebarkan kebaikan ini kepada pelanggan-pelanggan saya tau. Haa buktinya di bawah ini!
Testimoni pengguna (nama disorokkan sebab jerawatnya di perut..hehe)
Jerawat di perut, cuba sapu herbal blend, Pagi tadi dah surut.
Yeahhh, eksperimen berjaya!
Persoalannya, bagaimana herbal blend membantu mengecutkan jerawat?
Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.
Tumbuhan-tumbuhan ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja ia sangat banyak kegunaannya, misalnya..
- Sage meransang pembaharuan sel kulit dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga baik untuk mengurangkan selulit, masalah jerawat, kaki makan air dan kulit pecah, dan melegakan gejala-gejala ekzema dan psoriasis.
- Horse Chesnut digunakan untuk menghilangkan tanda kegelapan (dark circle) bawah mata dan bersifat anti-radang seperti jerawat dan sebagainya.
- Rosemary memberi manfaat kepada phyto-nutrien, anti- oksidan, dan mempunyai asid penting. Ia kaya dengan vitamin C
- Sage bersifat antiseptik dan baik untuk melegakan kesakitan sendi
Keistimewaan krim ini ialah ia diperbuat dari tumbuhan, diuji secara klinikal dan yang penting tiada bahan kimia! Haruslah kita sedari, krim dan losyen kebanyakannya mengandungi bahan berbahaya seperti Paraben dan sebagainya.
kredit info
Jika anda berminat untuk membuat pembelian menggunakan kredit dan debit kad anda, sila klik gambar di bawah:
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana