Tonsilku Bengkak
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Tonsilku Bengkak | Alhamdulillah, tonsilku bengkak semalam. Rasanya dah nak tidur tiba-tiba cubaan untuk menelan air liur menyakitkan. Eh kenapa pulak ni. Tengok di cermin, dah mula membengkak tonsil, merah-merah dah pun.
Apa lagi, ku gagahkan diri malam-malam bangun makan aiskrim vanila. Hehe pukul 11.30 malam pula tu. Nak cepat sihat punya pasal. Lepas tu, sebelum tidur makan nutriferon 1 sachet.
Alhamdulillah, pagi ni dah baik dah. Tonsilku dah tak bengkak lagi. Seronok! Syukur Alhamdulillah. Penangan aiskrim vanila special. Kenapa special sangat ni? Sebab aiskrim vanilaku ada oreo. Heee. Tapi kalau anda sakit tonsil ni, makan aiskrim vanila kosong je tau. Sangat membantu!
Apa itu tonsil?
Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran pernafasan kita.
Tonsil ni juga boleh dihilangkan dengan kumur air garam atau pun dengan pengambilan vitamin.
Garlic - antibiotik semulajadi yang sangat bagus. Bertindak untuk menghalang jangkitan kuman.
Nutriferon - bagus untuk mengukuhkan imunisasi badan kita dalam masa 3 hari. Juga membantu mengurangkan kelesuan badan.
Vitamin C - membantu menyokong sistem imunisasi badan iaitu mengurangkan demam, selesema dan batuk. Juga membantu sel darah putih menghalang bakteria yang wujud dalam badan.
Zink - membantu pengeluaran kalenjar thymus iaitu kalenjar sistem imunisasi badan.
Kenapa perlu dibedah jika kita boleh elakkan tonsil bengkak ni berlaku lagi kan?
2 comments
Write commentsWah.. Memang terbaiklah sis..
Replyhehe..terbaikkk
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana