Ammar Kena Impetigo!!
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Ammar Kena Impetigo!! | Beberapa hari lepas Ammar mengadu bibirnya pedih. Bila ditanya, jawabnya Ammar kopek. Keesokannya bibir tu jadi teruk sangat rasa, tu yang bawa g klinik. Rupa-rupanya Ammar terkena impetigo atau kudis api! Kesian sangat.
Orang kata kudis api ni sakit. Tapi, Ammar ni memang tahan sakit sungguh. Dia tak menangis langsung! Ammar anak ibu yang sangat menyenangkan hati ibu abah, sangat menenangkan.
Untuk elakkan kudis api ni semakin teruk, saya bagi Ammar makan nutriferon juga untuk boost imun dia.
Impetigo ialah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria. Kulit akan kelihatan lepuh-lepuhan kecil yang berisi nanah. Selalu menyerang kanak-kanak terutama di bahagian muka sekitar hidung, mulut dan kadang-kadang pada tangan dan kaki.
Alhamdulillah, hari ini nampak dah kering dah kudis di pipi. Kulit mati pun dah nak tertanggal. Cuma kat jari sahaja masih belum baik sepenuhnya. Doakan Ammar semakin sihat ye! Ibu cutikan Ammar seminggu minggu ini :D
Dah sihat sepenuhnya, baru lah boleh ke sekolah ye sayang.
1 comments:
Write commentsSian dak Ammar.. Moga segera sihat ye sayang...
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana