Vitalea For Children - Multivitamin Terbaik untuk Anak Kita
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Happy sunday uolsss. Di Johor, sunday is monday hihi. Apa khabar semua pembaca blog saya? Harapnya sihat-sihat belaka. InsyaAllah.
Pada 1 Januari 2015 yang lepas, vitalea for children telah kembali dijual di Shaklee Malaysia. Sebenarnya vitalea ini pernah dijual di Malaysia beberapa tahun yang lepas dan ianya telah dihentikan penjualannya atas sebab-sebab tertentu. Kini ia kembali dengan lebih sengatan. Lebih kebaikan, lebih bahan-bahannya, lebih wangnya jugaaa.
Jom kita lihat kebaikan Vitalea for children ni.
Alhamdulillah, ianya kembali dengan formula terbaik!
Vitalea For children ini mengandungi 18 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak untuk tumbesaran mereka. Mempunyai 100% vitamin C, D dan E serta 8 vitamin B yang penting.
Paling penting ialah ianya semulajadi dan mengandungi xylitol yang membantu perkembangan gigi dan mengelakkan masalah kaviti.
Rasanya pula semestinya SEMULAJADI PERASA ANGGUR yang sangat sedap! Anak-anak kita pasti suka. Erm kalau vit c chewable pun anak-anak saya menangis-nangis nak habiskan semua sebotol sehari. Inikan pula yang peisa anggur ni, pasti sedap ni.
Ini pula perbandingan multivitamin Shaklee, vitalea for children dengan multivitamin di pasaran.
Formula yang baru dan diperbaiki. Terdapat 14 nutrien yang ditingkatkan kandungannya dalam setiap tablet vitalea ini.
Cuba bayangkan makanan yang perlu diambil oleh anak-anak kita setiap hari jika kita tidak berikan mereka multivitamin terbaik ini. Huish tak mampu mereka nak telan. Kalau suruh saya telan pun saya tak mampu. Banyak tu. Memang the best lah vitalea for children ni.
Jom bersama-sama saya didik dan besarkan juara dengan nutrisi dari Shaklee.
Sebagai pengenalan kepada formula baru vitalea ini, Shaklee telah membuat promosi dengan beli 3 botol akan diberikan percuma 1 botol. Hanya di bulan Januari 2015 sahaja dan ianya tamat pada 31 Januari 2015.
Jika anda berminat untuk mendapatkannya, jangan lupa hubungi saya. Saya sedia membantu anda!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana