Tips Kurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin
Teks: Norhana MarsomAssalamualaikum w.b.t,
Bagi wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak, masalah rambut gugur adalah perkara normal bagi mereka. Tetapi ia tidak bermakna ianya perlu diambil enteng sahaja. Jadi bagaimana kita dapat membantu masalah ini terjadi? Saya akan berikan tips kurangkan rambut gugur selepas bersalin.
9 Perkara Perlu Anda Tahu :
- Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
- Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
- Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
- Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
- Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
- Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
- Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
- Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
- Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Cara Kurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin
- Potong pendek rambut
Paling mudah potong rambut bagi pendek. Bila pendek ianya mudah dijaga dan tidak perlu disikat terlalu rapi. Perlu juga anda tahu bahawa, penggunaan getah rambut jika rambut itu panjang juga menambah lagi peluang rambut gugur.
- Tukar syampu.
- Tukar sikat rambut
Gunakan sikat yang lembut. Sikat yang keras dan kasar akan menyebabkan akar rambut tercabut.
- Tukar cara sikat rambut
Elakkan menyikat rambut semasa rambut masih lagi basah. Ini kerana kulit masih lembut, struktur lebih rapuh dan mudah gugur. Rambut juga perlu disikat dengan lembut.
- Elakkan buat rawatan rambut guna bahan kimia
Rawatan rambut yang perlu dielakkan seperti kerintingan rambut, luruskan rambut atau sebagainya. Semuanya memnggunakan bahan kimia.
- Amalkan suplemen
Suplemen Shaklee yang dicadangkan ialah Zinc Complex dan juga ESP.
Zinc Complex - Mengukuhkan dan menguatkan akar rambut. Ia juga membantu membaik pulih luka luar dan dalam selepas bersalin.
ESP - ESP adalah protein dan protein sangat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru. Ia membantu pertumbuhan rambut baru dan juga menambahkan lagi pengeluaran susu ibu yang menyusu.
Semalam kebetulan dapat pula berita gembira, rambut kurang gugur lepas makan zinc complex dan guna shampoo ni. Meh kita tengok terujanya beliau.
Seronok laa kan, Rambut kurang gugur, jadinya kurang laa nak vacuum dan menyapu lantai pasni.
5 comments
Write commentsemmm...masalah rambut gugur ni bukan sahaja lepas bersalin..ni pun dah selalu sangat keguguran rambut
Replyterima kasih atas info tersebut... nice sharing... kepada ibu2 mengandung sila ambil perhatian yer
Replyyup btl sbb ma mengandung ni hormon estrogen kite meningkat jd rambut tumbuh dengan banyak then boleh keguguran rambut dlm ms yg sama. Boleh guna tips atas tu dear :)
ReplyTQ..
ReplyAssalam..kathy datang jenguk entri GMBMians.. :)
Replytq sis for info..
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana