Kenapa Tiada Logo Halal di Botol Shaklee?
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Jawapan untuk persoalan di atas sangat mudah. Shaklee mempunyai sijil halal ISA yang telah diiktiraf oleh JAKIM, jadinya tiada tanda halal bukanlah satu persoalan bukan? Saya faham kita sebagai seorang muslim perlu menitikberatkan soal halal dan haram lebih-lebih lagi bab-bab makanan ni. Jadi darah daging.
Untuk makluman, JAKIM hanya keluarkan sijil/logo HALAL untuk produk yang dihasilkan di dalam MALAYSIA sahaja. Untuk keluarkan sijil/logo halal tu pihak Jakim perlu pergi ke premis-premis yang keluarkan produk tersebut. Terlampau banyak premis yang minta disahkan halal di Malaysia ni masih dalam senarai menunggu. Jadi, ini tujuan ISA menjalankan kerja mereka iaitu mengesahkan halal dan minta Jakim untuk iktiraf sijil halal tersebut. Terbukti, Jakim telah mengiktiraf. Rujuk gambar di bawah ye.
Baru-baru ini, ada yang bertanya kepada saya soalan ini. Saya harap dengan adanya entri ini, akan terjawab persoalan beliau. Lebih memusykilkan saya, beliau kata susah laa kita nak tahu halal ke haram kalau takde logo halal kat botol shaklee ni. Saya selalu belek barang-barang keluaran luar negara. Mesti ada logo halal. Saya pelik kenapa ISA tak letak logo halal. Bila ada logo halal, baru percaya produk tu halal.
Aduh, sangat-sangat pelik. Beliau meragui kecekapan dan keberkesanan JAKIM dalam menjalankan kerja. Beliau persoalkan pengiktirafan dari Jakim. Kemudian saya jawab, untuk menentukan halal sesuatu produk itu hanya dari logo yang ditepek di botol sahaja ke? Takde logo halal tetapi telah diiktiraf oleh JAKIM bahawa ianya halal pun masih diragui? (Ayat dah tak sama, tapi maksud saya begini lah..perbualan kami sangat berhemah)
Tiada balasan dari pihak beliau, mungkin beliau telah offline dan tak perasan dengan komen saya. Saya harap beliau faham apa yang saya nak sampaikan. Saya juga telah berikan beliau sijil halal dari shaklee untuk pengesahan beluai sendiri.
Ini saya print screen dari www.halal.gov.my dan ISA adalah antara badan-badan yang diiktiraf halal di luar negara |
Semoga tiada lagi persoalan halal shaklee ini dengan tertutupnya entri ini. Selamat maju jaya kepada semua!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana