Hipoglisemia? Kurang Gula dalam Darah?
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Pernah tak anda dengar sakit orang yang kurang gula? Mungkin jarak kan? Yang kita selalu dengar ialah orang terlebih gula atau kata lain kencing manis. Kurang gula pulak, kencing tak manis? Gitu? Eh bergurau je..hehe..Sebenarnya sakit kurang gula ini dipanggil hipoglisemia.
Apakah itu hipoglisemia?
Hipoglisemia bermasud kejadian di mana individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.
Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 atau 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 ke 54 mg/dL).
Untuk pesakit yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku akibat ubat-ubatan kencing manis seperti insulin atau sulfonilurea. Untuk indicidu yang tidak menghidapi kencing manis, hipoglisemia merujuk kepada tahap gula yang rendah hingga menimbulkan tanda dans imptom kepada individu tersebut.
Apakah tanda-tandanya?
- Jantung rasa berdebar
- Kepenatan
- Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
- Tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan
- Berpeluh
- Rasa menggigil
- Sakit kepala
- Kulit menjadi pucat dan sejuk
- Pertuturan menjadi tidak jelas
- Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan.
Mengapa hipoglisemia terjadi?
Sel badan kita memerlukan gula untuk menjana tenaga untuk berfungsi dengan baik. Dalam badan individu yang normal, badan kita menguraikan gula daripada makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, pasta, sayuran, roti dan buahan. Gula ini akan diserap ke dalam darah selepas makanan dicernakan.
Apabila aras gula dalam darah meninggi, kelenjar pankreas dalam badan kita akan merembeskan hormon insulin untuk mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi. Hormon insulin akan bekerja untuk menyimpan gula yang berlebihan dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen. Hormon insulin juga menggalakkan gula dalam darah lebih senang diserap oleh sel badan yang bekerja.
Apabila kita berpuasa atau tidak makan dalam jangka masa yang lama, aras gula dalam darah menurun. Apabila aras gula menurun - kelenjar pankreas akan merembeskan hormon glukagon yang akan membebaskan gula daripada glikogen yang tersimpan di hati dan otot. Dalam badan individu normal, hormon insulin dan glukagon ini akan bekerjasama untuk mengawal aras gula dalam darah pada aras yang optimum.
Adakah produk Shaklee boleh membantu mengatasi masalah hipoglisemia ini?
Ya, produk shaklee yang membantu mengatasi masalah hipoglisemia ini ialah ESP. Iaitu produk yang paling hangat di Shaklee. Jom kita lihat kelebihan dan kebaikan ESP shaklee di sini
Sumber
KEGUNAAN UNTUK 1-2 BULAN
HANYA RM150 (TIDAK TERMASUK POS)
KLIK untuk belian terus! |
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana