Tentang Penulis
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t
Salam perkenalan kepada anda yang pastinya luar biasa.
Perkenalan awal, saya ialah Norhana Binti Marsom memulakan persekolahan awal di Tadika kemas Felda Adela, seterusnya di S.K.LKTP Adela dan Sekolah Menengah Kebangsaan Adela (SEMEKA). Setelah SPM, saya menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis dalam bidang perakaunan. Oleh kerana tidak minat bidang perakaunan ini secara mendalam, saya menyambung pengajian peringkat Ijazah dalam bidang Pengurusan Pemasaran.
Saya dilahirkan dalam keluarga serba sederhana, jadi perkataan 'penganggur' tidak boleh hadir dalam diri saya kerana tidak mahu membebankan keluarga. Hampir setahun setengah saya tidak dapat pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang saya. Tidak menganggur tetapi masih bekerja cuma ianya di luar bidang saya, mungkin juga ada kaitan serba sedikit. Selepas itu, saya telah mendapat pekerjaan sebagai "Procurement Executive" di Ramunia International Services Limited (RISL) iaitu syarikat 'oil and gas' yang bertempat di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor. Saya sangat gembira dengan tawaran bekerja di sini kerana ianya hanya lebih kurang 30 minit perjalanan dari rumah keluarga saya. Dapat lah juga, saya tengok-tengokkan mak dan abah di rumah.
Semasa di RISL, banyak rezeki Allah yang tidak disangka-sangka. Paling utama ialah saya bertemu jodoh dan menamatkan zaman bujang. Setelah berkahwin, suami menetapkan syarat supaya tinggal bersamanya dan ibu mertua di Muar, jadi saya harus mencari pekerjaan di sana atau berhenti kerja serta merta.
Setelah berpindah ke Muar, saya masih belum mendapatkan pekerjaan. Hampir 2 bulan tidak bekerja, saya mendapat tawaran mengajar dalam bidang perniagaan di Cosmopoint International College of Technology. Kemudian berpindah pula mengajar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) atas masalah yang tidak dapat dielakkan.
Bertitik tolak dari sini lah, saya memasang niat untuk menjadi "WAHM" atas alasan tempat kerja yang jauh. Perniagaan shaklee sudah saya jalankan tetapi secara separuh masa. Setiap hari dibawah status Facebook saya, akan saya tulis "wahm-to be". Siapa sangka ianya benar-benar menjadi kenyataan walaupun ia hadir dalam bentuk yang berbeza. Akan saya ceritakan kemudian.
Matlamat saya mengadakan blog ini adalah untuk panduan pembaca yang luar biasa belajar bagaimana memilih produk kesihatan dan makanan tambahan. Saya ingin menjadikan blog ini sebagai suatu panduan yang akan diguna oleh sesiapa sahaja, dimana-mana dan sampai bila-bila. saya juga ingin belajar dan memastikan penulisan saya semakin baik dari hari ke hari dengan memberi maklumat terkini kepada pembaca.
Sekian sahaja sedikit kisah latar belakang saya. Di bawah ini, adalah gambar keluarga saya raya tahun lepas.
![]() |
Bersama suami dan anak-anak tersayang (Raya tahun 2013) |
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana