Masker Vitamin C
Teks & gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan Tidak mengira usia, tua atau muda, kanak-kanak atau remaja, wanita sering mementingkan kecantikan wajah, kecantikan diri dan tidak lupa juga kecantikan dalaman juga.
Tahukah anda, vitamin c shaklee adalah vitamin kecantikan yang bukan sahaja untuk dimakan tetapi ia juga boleh dijadikan masker. Kelebihan ini hanya terdapat pada Shaklee kerana Shaklee adalah vitamin yang dihasilkan menggunakan bahan semulajadi.
![]() |
Saya menggunakan 1 biji vitamin C |
Shaklee memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah
membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli
semulajadi. Kemudian mereka menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap
ramuan baru, terutamanya bahan logam, racun serangga dan
bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan mereka juga meneruskan kajian ke
atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan
dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Jadi, ianya terbukti selamat.
Cara-cara membuat masker vitamin C:
- Patahkan vitamin c kepada 3 bahagian. (saya suka ambil 1 biji *terpulang kepada individu)
- Ambil 1 bahagian sahaja & hancurkan.
- Masukkan 1 sudu air.
- Biarkan 3-5 min sehingga ia kembang.
- Sapu ke seluruh muka yang bersih & kering.
- Biarkan kering selama 20-30 min.
- Bilas dengan air bersih.
Kelebihan masker vitamin C:
- Merangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit
- Menegangkan kulit muka
- Mengecutkan jerawat
- Mencerahkan muka
- Menyegarkan wajah
Peringatan: Masker ini hanya menggunakan vitamin C dari Shaklee sahaja. Penggunaan vitamin c berjenama lain tidak dibenarkan. Jika anda ingin melakukannya juga, sila dapatkan nasihat pakar atau pengeluar vitamin c tersebut.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana