Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah! Saya rasa gembira dan seronok sangat ni. Rasa puas sangat bila dapat gembirakan hati kawan-kawan dan pelanggan saya. Ingat tak hari tu saya ada buat entri "homemade scrub"?
Tak sangka kawan saya merangkap bekas pelanggan shaklee saya cuba buat scrub #3 yang saya cadangkan dan beliau beritahu hasilnya sangat memuaskan beliau.
Kalau nak tahu scrub #3 yang mana, boleh baca entri "homemade scrub" tu ya. (Maaf tak boleh nak link kan sebab guna telefon je ni).
Alhamdulilah, inilah yang saya suka sangat buat bisnes shaklee ni. Shaklee mengajar saya untuk berkongsi, berkongsi dan berkongsi serta membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Hasilnya anda sendiri akan puas hati sebab Allah izinkan anda bantu mereka. Kepuasan dan nikmat yang tak terkata.
Owh lupa, nak tahu kenapa saya kata beliau ni bekas pelanggan saya? Sebab beliau dah jadi ahli Shaklee macam saya juga. Beliau sangat berpuas hati dan jatuh cinta dengan shaklee sehingga terpaksa menjebakkan diri beliau mendaftar sebagai ahli.
Haa, pasti anda nak tahu kan macam mana boleh jatuh cinta dengan shaklee ni. Konsep shaklee ni senang, anda guna dulu produk shaklee. Bila dah guna, dah jatuh cinta secara tak langsung anda akan kongsikan kepada kawan-kawan, adik beradik dan sesiapa sahaja yang anda rapat.
Dari situlah tiba-tiba je 'eh, dapat pelanggan pulak. Eh, dapat bonus laa'. Mudah kan? Tak perlu jual tapi hanya perlu BERKONGSI! :)
Selamat berkongsi kawan-kawan.
posted from Bloggeroid