Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Batu karang terbentuk akibat kandungan oksalat (garam mineral) yang berlebihan di dalam badan. Ditambah
pula dengan mendapan kolestrol juga lama kelamaan mula membentuk
pertikel keras sebesar butiran pasir, yang lama kelamaan semakin
membesar dan akhirnya menyebabkan kesakitan.
Sakit batu karang ni, bila datang memang sakit. Malah membuatkan seseorang itu tidak mampu bergerak, hanya mampu baring dan berehat sahaja.
 |
| Batu karang yang mengganggu keselesaan si penderita |
Sekarang ni pun suami saya sedang sakit akibat batu karang ni. Risau tengok keadaan beliau, jadi saya pun mula lah mencari cara cepat dan berkesan melegakan sakit batu karang ini. Akhirnya jumpa 10 tips ini. Jom kita lihat.
TIPS yang dapat membantu mengurangkan kesakitan dalam masa yang sama dapat mengeluarkan batu karang:
1. Minum lapan hingga sepuluh gelas air dalam sehari. Amaun air ini
dapat mencegah pembentukan kristal di dalam tubuh badan anda dan
membantu mengeluarkan garam yang anda ambil seharian dalam bentuk air
kencing.
2. Antara air lain yang disarankan adalah air limau. Air limau bukan sahaja menghidratkan
anda, tetapi ia juga mengandungi fiber dan asid sitrik yang terbukti
dapat melarutkan batu yang terbentuk daripada kalsium atau kalsium
oxalate yang tidak diserap.
3. Patuh pada arahan doktor.
Selalu dengar dan ikuti arahan doktor anda semasa anda mengalami
kesakitan akibat penyakit anda. Doktor selalunya akan menyarankan anda
untuk mengambil makanan yang tinggi fiber supaya dapat menyingkirkan
kalsium oxalate yang mana telah diserap oleh badan.
4. Doktor
juga akan menyarankan anda mengambil makanan dan minuman yang kaya
dengan sitrat seperti anggur, lobak merah dan oren. Ini kerana makanan
yang mengandungi sitrat sangat baik untuk melarutkan sistin.
5.
Dalam masalah batu karang, cuba elakkan daripada mengambil minuman
ringan dan kopi di mana minuman ini menghalang tubuh anda daripada
membuang air kencing. Sebenarnya minuman ini akan mengakibatkan tubuh
anda mengalami dehidrasi (kekurangan air).
6. Oleh kerana batu
karang disingkirkan secara semulajadi (melalui air kencing), dan
menyakitkan, dicadangkan kepada anda agar sentiasa meletakkan diri dalam
keadaan sibuk agar anda tidak fokus pada kesakitan yang dialami.
Lakukan senaman merupakan salah satu aktiviti yang dapat membantu
melencongkan diri anda dari kesakitan yang tersebut.
7. Antara
cara yang berkesan yang boleh dilakukan di rumah untuk mengubati batu
karang ialah dengan mencampurkan jus lemon dengan minyak zaitun.
Tambahkan satu sudu makan minyak zaitun dengan satu sudu makan jus
lemon. Minum campuran tersebut dengan segelas air. Minyak zaitun
bertindak sebagai pelincir untuk memudahkan / mengurangkan kesakitan
semasa proses pengeluaran batu.
8. Jika kesakitan berterusan
dan menjadi semakin kuat, berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan
bantuan perubatan. Doktor anda mungkin akan memberikan anda ubat yang
bersesuaian dengan masalah yang anda alami.
9. Batu karang
yang telah dikeluarkan perlu diambil untuk dianalisis. Oleh yang
demikian batu ini harus dikeluarkan melalui penapis khas supaya ianya
dapat dikumpul.
10. Pastikan doktor anda memberitahu anda kaedah semasa mengeluarkan batu karang tersebut.
Saya cuba beri suami tips yang ketujuh. Alhamdulillah, dah boleh tidur pun beliau. Nanti kita tanya, bagaimana keadaan beliau selepas minum air ni ya.
Selama mencuba kawan-kawan!