Kepentingan Vitamin Ketika Hamil
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Semasa saya hamil anak yang pertama, saya sangat tidak menjaga kesihatan diri saya dari segi pengambilan vitamin. Vitamin yang dibekalkan oleh pihak klinik diambil sambil lewa kerana ianya menyebabkan saya sembelit teruk. Kerana itu juga, saya makan dengan culas. Allahuakbar, banyaknya ilmu yang saya kurang ketika itu.
Sebenarnya, bukanlah tak mahu makan tetapi saya tak tahan dengan keadaan sembelit teruk itu. Saya juga tidak terfikir untuk ambil suplemen lain. Masa ni memang sangat kurang ilmu. Tapi takpe, ianya pengalaman yang mengajar saya. Hb juga sangat rendah ketika itu, pernah ianya jatuh mencecah 8.8 sahaja. Bahaya kan?
Jadi, saya nak beri penerangan sedikit sebanyak tentang kepentingan vitamin ketika hamil. Supaya saya dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana. Antara vitamin yang perlu diambil oleh ibu hamil ialah kalsium, zat besi, asid folik dan juga protein.
Kalsium, ianya perlu untuk membantu membina tulang mereka semasa dalam perut lagi. Oleh itu ibu-ibu semua disarankan makan buah-buahan, bijirin, sayuran tapi ada di antara kita muntah dengan teruk jadi apalah khasiat dan nutrisi yang kita dapat kan.
Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikatkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.
Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk memastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita.
Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi di kalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan xat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil. Kesan anemia boleh beri kesan pada baby dalam kandungan tau, jadi jangan ambil mudah masalah anemia atau rendah HB ini.
Protein pula memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Ia juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

Keperluan protein sewaktu hamil perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan:
- plasenta
- uterus
- penghasilan susu
- untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
Saya mengenali Shaklee ketika anak pertama berumur 10 bulan, jadi ketika saya hamil anak yang kedua saya sudah serasi dengan vitamin Shaklee dan saya juga ambil vitamin Shaklee sahaja sepanjang kehamilan kedua saya itu. Ini jangan tiru saya ya, saya serik untuk merasa sembelit ketika hamil dan berpantang. Jadi saya tak nak ambil vitamin klinik.
Ini lah vitamin yang saya ambil ketika hamil |
Menurut pakar nutrisi Shaklee, ibu hamil perlu ambil vitamin sejak dari perancangan untuk hamil lagi, terutamanya ambil asid folik untuk memastikan tulang dapat terbentuk dengan baik.
Apabila ovum bercantum dengan sperma, akan berlaku proses pembahagian dan sel-sel organ semua akan terbentuk. Maka kerana itu vitamin amat perlu diambil untuk membantu pembentukan sel-sel baru.
- Multivitam (Vita-lea) ~ mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan, HB rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.
- B Complex ~ lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B> Suplemen B complex shaklee mengandungi asid folik, biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
- Vitamin C (Sustained Realese Vita-C) ~ Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.
- Omega -3 (Omega Guard) ~ Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.
- Kalsium (Ostematrix) ~ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
- Protein (ESP) ~ Protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Ia juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu hamil perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.
Inilah vitamin yang saya amalkan ketika hamil dan Alhamdulillah, masalah sembelit dan keputihan saya dapat diatasi. Sembelit tiada, badan lebih bertenaga, HB kekal 12 ke atas dan keputihan tiada langsung. Allahuakbar, seronok tak terkata. Barulah boleh hamil lagi. Hehehe
Ini kata mereka yang juga mengambil vitamin shaklee sepanjang kehamilan.
2 comments
Write commentsSy amalkan pemakanan seimbang dan juga bykkn amik natural food... Pastu mkn juga la obimin sbg tmbhn..
ReplySama..saya banyak juga ambil natural food tapi tu laa masalah saya, tak semua sayur saya boleh telan. Cuba juga paksa2 tak jalan. Hehe obimin xpernah ambil, tapi saya ambil iberet, pun tak jalan. HB masih juga low. Bila makan suplemen shaklee, Alhamdulillah banyak perbezaan itu yang teruskan ambil shaklee.
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana