Ketahui Perbezaan Soya GMO dan Non-GMO
Teks: Norhana Marsom
Assalamualikum w.b.t,
Kenapa wujudnya Soya GMO?
Soya GMO terjadi kerana pengeluar/pengusaha ingin memenuhi permintaan pengguna terhadap produk soya. Pengeluar/pengusaha soya ingin meningkatkan penghasilan soya pada kos yang minimum,
Selain itu, soya GMO juga didapat dapat mengurangkan masalah sepanjang penanaman soya seperti masalah jangkitan penyakit. Ia juga dihasilkan bagi menambah baik kandungan di dalam soya tersebut.
Kenapa soya GMO tidak selamat untuk dimakan?
- Pengambilan soya GMO meningkatkan risiko untuk mendapat reaksi alahan. Di UK, alahan terhadap soya meningkat sebanyak 50% selepas soya GMO diperkenalkan di pasaran.
- Soya GMO memperlahankan proses penghadaman protein di dalam soya tersebut.
- Soya GMO menurunkan paras enzim penghadaman. Keadaan ini membawa kepada alahan terhadap pelbagai makanan.
- Soya GMO juga adalah toksin, ini menyebabkan gangguan kepada fungsi hati.
- Soya GMO mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita.
- Soya GMO menggangu pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Oleh itu, ibu mengandung perlu berhati-hati dalam mengambil produk soya sepanjang tempoh kehamilan.
ESP Shaklee adalah soya Non GMO.
Soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan juga keseluruhan kebaikan soya. Kebanyakan pengeluar yang lain menggunakan alkohol dalam pemprosesan soya dan ianya menghilangkan kebaikan-kebaikan yang terdapat di dalam soya.
Kredit: http://vitamin2u.net/
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana