Penapis Air Shaklee Terbaik!
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Ini kisah semalam, saya buka paip di sinki dapur tiba-tiba air yang keluar keruh sangat warnanya serupa air teh. Kemudian, baru teringat nak buat eksperimen tapis air menggunakan Get Clean Water Pitcher Shaklee atau bahasa mudahnya penapis air Shaklee.
Saya memang dah sangat-sangat jatuh cinta dengan penapis air ini kerana kelebihannya yang tidak perlu dipasang pada paip dan juga boleh dibawa kemana-mana sahaja. Saiznya yang sangat praktikal iaitu sebesar jug air minuman 2 liter sahaja.
Rasa air yang telah ditapis juga sedap. Kriteria ini ditetapkan oleh kakak saya, Roziah Marsom di mana beliau tidak menyukai air tapis yang tidak sedap. Beliau pernah minum air yang ditapis tetapi dari jenama xxx xxxx. Penapis air Shaklee ini menepati citarasa beliau. Amboi, macam sejenis makanan pula. :)
Berbalik pada kisah semalam, rujuk pada gambar untuk lebih faham ya!

Kronologi:
Gambar atas sebelah kiri: 1 jug kecil air paip yang berwarna serupa air teh :D
Gambar atas sebelah kanan: Air paip telah dituang ke dalam penapis air Shaklee.
Gambar bawah sebelah kiri: Air sedang di tapis.
Gambar bawah sebelah kanan: Air paip yang kotor telah menjadi jernih setelah ditapis.
Seronok kan? Saya memang gembira sangat bila berpeluang juga menguna penapis air shaklee terbaik ini! Harganya hanya RM460 sahaja tetapi jika anda ahli Shaklee anda hanya perlu bayar RM3xx.xx sahaja! Penjimatan hampir RM100. Jimat dan berbaloi-baloi! Saya suka!!!
Link menarik:
>>> Kelebihan dan keistimewaan penapis air Shaklee
>>> Kelebihan dan keistimewaan penapis air Shaklee
Pesanan: Oh ya! Saya pun ada rakam testimoni semalam, nanti saya upload di entri yang lain ya! Tunggu!





