Tips Kawal Kolesterol Dalam Badan
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Rakyat Malaysia kebanyakannya mempunyai masalah kolesterol tinggi akibat daripada gaya hidup, kesukaran mengawal diet seharian dan beberapa faktor yang lain.
Kolesterol ialah satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah anda dan di setiap sel dalam badan anda. Ia penting untuk kesihatan anda kerana ianya diperlukan oleh badan anda untuk membuat tisu dan hormon yang tertentu.

Bagaimanapun, sekiranya paras kolesterol dalam darah anda terlalu tinggi kemungkinan anda menghadapi risiko dan penyakit jantung.
Bagaimana hendak mengawal kolesterol? Di bawah ini saya sertakan tips untuk mengawal kolesterol.
Tips mengawal kolesterol dalam badan.
1. Kawal saiz hidangan - Bermaksud anda perlu mengawal jumlah makanan yang anda ambil setiap hari. Jika tidak dikawal jumlahnya akan menyebabkan berlakunya obesiti dan juga kolesterol tinggi. Saiz hidangan yang sederhana mampu mengawal gaya hidup yang lebih sihat.
3. Pilih bijirin penuh - satu kajian saintifik menunjukkan bahawa kekerapan pengambilan bijirin penuh mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser, strok dan tekanan darah tinggi. Ianya secara tak langsung mengawal kolesterol dalam badan anda.
5. Kurangkan garam dalam makanan
6. Ambil Phytocol-ST sebagai makanan tambahan anda. Phytocol-ST shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam badan anda. Jadi ia sangat disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

Phytocol-ST Shaklee dirumuskan secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol dalam badan.
Jom sama-sama kita amalkan tips di atas untuk kawal kolesterol dalam badan kita.
Pesanan: Walaupun anda kurus dan tidak mempunyai masalah berat badan, belum tentu anda bebas dari kolesterol. Opsss!







