Lailatul Qadar Yang Dinanti Telah Tiba
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, hari ini sudah 20 Ramadhan dan menandakan kita sudah masuk ke 10 Ramadhan yang terakhir. Lailatul Qadar telah tiba. Ini lah malam-malam yang dinanti umat Islam begitu juga saya. Berazam tidak mahu terlepas dari malam-malam lailatul qadar ini.
Jika dulu, tak sabar nak tunggu habis puasa sebab nak sambut raya tetapi kali ini, saya lebih teruja menunggu 10 Ramadhan terakhir ini. Tak nak terlepas peluang yang ada untuk sujud tunduk padaNya. Peluang yang datang hanya setahun sekali, tentu saja akan dimanfaatkan sebaiknya. Pasti ramai yang ingin tahu, apa yang perlu dilakukan ketika 10 Ramadhan terakhir ini.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”
Kita digalakkan untuk beriktikaf di masjis-masjid, perbanyakkan solat taubat, terawikh, hajat, tahajud, istikharah, perbanyakkan membaca al-Quran, berdoa dan memohon keampunan sebanyak-banyaknya.
Sama-sama kita manfaatkan malam-malam terakhir ramadhan ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana