Sembelit? Ohhh tidakkkkk!!!
Apa itu sembelit?
- Masalah pencernaan yang sering berlaku.
- Ia menyebabkan susah untuk buang air besar @ tidak teratur.
- Ianya bersifat sementara
Wanita lebih sering mengalami sembelit berbanding lelaki
Kanak-kanak lebih sering mengalami sembelit berbanding orang dewasa
Jika anda sedanghamil, anda mungkin mengalami sembelit kerana perubahan hormon.
Setelah melahirkan, tekanan pada usus dari uterus yang membesar juga boleh menyebabkan sembelit.
Simptom-simptom sembelit adalah:
- Buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
- Sukar buang air besar
- Sakit di bahagian abdomen
Apakah yang menyebabkan terjadinya sembelit?
- Kekurangan air
- Kekurangan serat pada badan
- Kurang aktiviti fizikal
- Sindrom usus terganggu
- Perubahan gaya hidup
- Sedang sakit
- Sering menggunakan atau penyalahgunaan julap
- mempunyai penyakit seperti kencing manis, strok, parkinson dan tiroid
- Usus besar tersumbat
- Gangguan hormon
- Buasir
- Kecederaan pada saraf tulang belakang, yang boleh memberi kesan pada usus
Bagaimana pula cara mencegah penyakit sembelit?
- Makan makanan kaya serat
- Elakkan makanan yang rendah serat
- Minum air yang mencukupi
- Lebihkan aktiviti riadah
- Tidak menangguh niat untuk buang air besar
- Mengambil makanan tambahan yang berserat (contoh: Alfalfa Complex)
Bagaimanapun, sembelit boleh dirawat menggunakan cara tradisional seperti:
Daun pandan wangi Caranya, daun pandan ditumbuk hingga halus, kemudian tambah setengah gelas air. Perah dan ambil airnya, tambah sedikit garam dan gula melaka. Minum selepas makan malam |
ATAU
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana