LOBAK UNGU
LOBAK UNGU - kandungan ke 4 vivix (anti oksidan, anti radang, anti bakteria & mampu tingkatkan kesihatan)merupakan sumber vitamin A terbaik dan mengandungi fitokimia termasuk karotenoid, fenolik, polyacetylenes, isokumarin dan sesquiterpens.
Fitokimia adalah tumbuhan yang mempunyai anti-oksidan, anti-bakteria, anti-radang dan mempunyai ciri-ciri mempertingkatkan kesihatan.
Ia juga mengandungi anthocyanins yang mempunyai kegiatan antipengoksida yang luar biasa. Beberapa kajian menunjukkan anthocyanina mempunyai aktiviti biolodi yang luas termasuk anti-pengoksida, anti-radang, agen anti-mikrob dan anti-karsinogen.
Ia menunjukkan kepelbagaian kesan pada urat darah, platelet dan lipoproteins yang berupaya mengurangkan penyakit jantung.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana