Keguguran di Minggu yang Ke 9
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Keguguran di Minggu yang Ke 9 | Lamanya saya tak berblogging. Mood blogging menghilang di awal-awal kehamilan, pembawakan mungkin. Hari ini adalah hari keempat saya telah keguguran kandungan saya yang ketiga. Sedih? Ye, saya sedih tapi saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t.
Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.
Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku.
Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini.
Saya pun tak tahu apa punca yang menyebabkan saya keguguran dan seingat saya takdelah buat kerja-kerja berat. Cuma belum rezeki saya. Allah hanya pinjamkan kandungan saya sekejap je, untuk saya merasa semula bagaimana perasaan adanya nyawa lain di dalam badan saya. Nikmat tak terkata!
Terima kasih Allah!
10 comments
Write commentsInshaaAllah di sana kelak akak dpt bertemu dengannya.. moga akak terus kaut dan Allah tahu apa yg terbaik untuk hambanya..
ReplyTakziah dr SA...harap tabah...insyaallah ada rezki lg..
Replytabah yaa.. mungkin Allah nak tunjuk something, yang terbaik semestinya. (:
Replysemoga tabah .
ReplyInsyaAllah..terima kasih Ikhwan..
ReplyTerima kasih SA. InsyaAllah..amin..
ReplySetuju..semuanya yang terbaik dariNya
ReplyInsyaAllah..tabah setabahnya..
Replysemoga terus tabah..
Replyin shaa Allah ada hikmah di sebaliknya.
Replysabar...
berdoa agar pasni dimurahkan rezeki & pregnant lagi in shaa Allah...
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana