Eczema semakin pulih dalam masa 3 hari dengan Shaklee
Teks: Norhana MarsomGambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Sudah lama saya tak update blog kan.. maafkan saya, bukan sengaja tapi masalah pengurusan masa saya sendiri yang masih dalam tahap pembaikan.
Ok, arini saya nak bercerita serba sedikit tentang eczema. Baru-baru ini, ade seorang pengguna setia Shaklee ni menunjukkan kesan perubahan sebelum dan selepas menggunakan Shaklee iaitu Alfalfa Complex, Vita C dan ESP. Nanti saya tunjukkan testimoni beliau ye. Terima kasih Sis Norida Zara kerana berkongsikan pengalaman. (Boleh klik di nama beliau, untuk dapat kepastian.
APA ITU ECZEMA?
Eczema dalam istilah perubatan bermaksud salah satu penyakit yang menyebabkan kulit menjadi radang atau gatal-gatal. Jenis eczema yang biasa dihidapi ialah "dermatitis atopik" atau "eczema atopik".
Atopik merujuk kepada sekumpulan penyakit dengan kecenderungan sering diwarisi yang boleh menyebabkan alergik terjadi seperti asma dan demam alergik. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan merekah, yang kadangkala meleleh cair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku, dan belakang lutut.
Di U.S, eczema kebanyakkannya dialami 10% - 20% bayi, dan kira-kira dalam 3% dewasa dan kanak-kanak.
Kebanyakan bayi yang mengalami eczema ini, akan berisiko tinggi dijangkiti eczema semasa umur mereka 10 tahun, manakala sesetengan orang terus mempunyai penyakit ini sepanjang hayat mereka.
Eczema boleh dikawal jika mempunyai rawatan yang betul.
eczema di bahagian tapak tangan |
eczema pada kulit muka |
eczema pada badan |
Gambar ehsan: google
APAKAH PUNCA ECZEMA?
Punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:
Faktor-faktor dalaman (fizikal)
- Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
- Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stress.
- Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor luaran (persekitaran)
- Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
- Alahan (Allergens): sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debungan, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah.
BAGAIMANA KITARAN ECZEMA?
Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.
Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkan seperti gambar rajah di bawah.
kitaran eczema |
APAKAH LANGKAH UNTUK ELAKKAN ECZEMA MENJADI TERUK?
Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan eczema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
- Mengawal kitar eczema dengan melembapkan kulit.
- Mengubati keradangan.
Langkah-langkah pengawalan harian:
- Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
- Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.
APA SHAKLEE BOLEH BANTU?
Shaklee mempunyai beberapa produk yang boleh digunakan untuk merawat eczema dari rawatan dalaman dan luaran.
RAWATAN DALAMAN
Alfalfa Complex |
330 biji dan 700 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM53.75 dan RM97.50
- Alfalfa kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema, alergik.
Sustained Release Vita-C |
180 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM92.50
- Vita-C Shaklee mampu menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan alergi kulit, asma.
ESP |
850 gm
Harga runcit semenanjung Malaysia ialan RM150
- ESP sangat baik untuk pemulihan luka. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun serta memperbaharui sel-sel yang mati kepada sel-sel yang baru. Apabila sel sihat, maka penyerapan nutrien yang lain akan berfungsi dengan lebih cepat dan mempercepatkan pem=nyembuhan eczema.
Nutriferon |
30 sachet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM181.25
- Nutriferon sangat digalakkan kepada pesakit eczema kerana dikatakan pesakit eczema mempunyai imunisasi badan yang sangat rendah. Nutriferon berupaya untuk meningkatkan sistem imunisasi seseorang.
RAWATAN LUARAN
Herbal Blend Multi-Purpose Cream |
4oz
- Boleh disapu pada bahagian eczema dan kulit kering. Ia bertujuan untuk melembapkan kulit. ** tidak sesuai untuk eczema yang berair**
Basic H 160ozHarga runcit semenanjung Malaysia ialah RM46- Sesuai untuk yang alah pada sabun. Boleh digunakan sebagai mandian.
Sekarang, jom kita tengok apa kata sis Norida Zara untuk masalah eczema beliau:
Sis Norida Zara hanya mengamalkan pengambilan ESP, Vita C dan Alfalfa Complex untuk merawat masalah beliau. Alhamdulillah smuanya berhasil.
Untuk terus membuat tempahan, sila klik Tempahan Produk
Untuk senarai penuh produk dan harga shaklee, sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana